Mohd Rosli (depan, kiri) dan Kamarul Zaman (tengah) bersama pelajar menunjukkan hasil madu kelulut yang diperoleh.
Mohd Rosli (depan, kiri) dan Kamarul Zaman (tengah) bersama pelajar menunjukkan hasil madu kelulut yang diperoleh.

Projek kelulut jadi tarikan pembelajaran, kehadiran pelajar SMK Berangan meningkat

Buka ruang kepada pelajar menengah untuk mempelajari teknik penjagaan lebah kelulut secara praktikal

ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID
06 May 2026 12:30pm

Projek penternakan lebah kelulut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, Kelantan menjadi medium pembelajaran luar bilik darjah yang membantu meningkatkan minat pelajar terhadap ilmu serta mendorong peningkatan kehadiran mereka ke sekolah.

Inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun 2024 itu membuka ruang kepada pelajar menengah untuk mempelajari teknik penjagaan lebah kelulut secara praktikal, termasuk mengendalikan sarang dan memahami proses penghasilan madu secara semula jadi.

Guru Geografi, Mohd Rosli Yaakub berkata, projek berkenaan bermula dengan empat sarang dan menghasilkan kira-kira dua kilogram madu pada tahun lalu.

Madu lebah yang disedut menggunakan penyedut.
Madu lebah yang disedut menggunakan penyedut.

"Melihat kepada hasil yang memberangsangkan, jumlah sarang kini ditingkatkan kepada 17 dan mampu menghasilkan sehingga lapan kilogram madu kelulut tahun ini," katanya ketika ditemui di Laman Lestari Kelulut SMK Berangan pada Rabu.

Menurutnya, pendekatan tersebut memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar, khususnya dalam bidang sains dan kelestarian alam sekitar, selain membolehkan mereka merasai sendiri madu kelulut yang dihasilkan.

Beliau berkata, penternakan lebah kelulut tidak rumit kerana serangga itu tidak bersifat nenyegat dan hanya memerlukan sumber pokok berbunga bagi menghasilkan madu berkualiti.

Artikel Berkaitan:

Pelajar melakukan proses menyedut madu dari sarang lebah.
Pelajar melakukan proses menyedut madu dari sarang lebah.

"Setakat ini terdapat lima spesies kelulut diternak iaitu Lepidotrigona terminata, Heterotrigona itama, Geniotrigona thoracica, Tetragonula laeviceps dan Lepidotrigona terminata," katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang itu.

Sementara itu, Pengetua SMK Berangan, Kamarul Zaman Hussin berkata, projek tersebut turut memberi impak positif terhadap kehadiran pelajar yang meningkat sebanyak empat peratus sejak Januari lalu.

Sarang lebah kelulut yang diternak di sekolah di Tumpat.
Sarang lebah kelulut yang diternak di sekolah di Tumpat.

Katanya, inisiatif itu juga berjaya menarik minat pelajar yang kurang bermotivasi untuk hadir ke sekolah apabila mereka diberi peluang terlibat secara langsung dalam aktiviti penternakan.

"Malah, pihak sekolah akan mengagihkan 250 gram madu kelulut kepada setiap kelas melibatkan lebih 700 pelajar dan guru bagi memberi peluang mereka merasai hasil projek ini," katanya.

Mohd Rosli (kanan) menunjukkan roti lebah yang terhasil.
Mohd Rosli (kanan) menunjukkan roti lebah yang terhasil.

Lebah menghasilkan madu kelulut berkualiti.
Lebah menghasilkan madu kelulut berkualiti.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp