
Jelajah TV PSS gegar Borneo!
Dari Shah Alam ke bumi Borneo, langkah kecil ini membawa misi besar iaitu menghidupkan dunia penyiaran sekolah melalui TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS).
Pasukan Akademi Pendidikan Sinar Bestari merentas laut dan daratan sehingga enam hari bukan sekadar menjelajah, tetapi berkongsi ilmu yang semakin relevan dalam era digital.
Bermula dengan asas rakaman video, teknik suntingan yang lebih kemas dan menarik hinggalah kepada pengurusan kandungan TV PSS yang berimpak.
Semuanya dirangkum dalam sesi santai tetapi penuh bermakna bersama warga sekolah di Borneo.
Program jelajah ini menjadi jambatan yang menghubungkan kreativiti pelajar dengan teknologi, membuka ruang kepada mereka yang bukan sahaja menjadi pengguna media, tetapi pencipta kandungan beretika dan berkualiti.
Ikuti kisah perjalanan ilmu yang dibawa dari Shah Alam ke Borneo.
Jom, terbang!
