Nurdania Farzana (kanan) dan Damia Amni Najihah (kiri) memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus membuktikan kejayaan dalam SPM menjadi titik permulaan kepada masa depan yang lebih cemerlang. Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Nurdania Farzana & Damia Amni Najihah diumum Tokoh SPM 2025 SMK Jalan Kebun - 'Tahajud sumber kekuatan'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 May 2026 04:49pm

Diangkat sebagai Tokoh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor menjadi satu penghargaan besar dan tidak disangka buat dua pelajar cemerlang sekolah itu.

Nurdania Farzana Mohamad Kaderi (Tokoh Aliran Agama Sains Tulen) dan Damia Amni Najihah Hassan (Tokoh Aliran Kemanusiaan) membuktikan usaha gigih, disiplin dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil membanggakan.

Ketika ditemui Sinar Bestari pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025, kedua-dua pelajar itu menzahirkan rasa syukur selain merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan akademik mereka.

Bagi Nurdania Farzana yang memperoleh keputusan 10A 1B, kejayaan diraih bukan hadir secara mudah, sebaliknya memerlukan pengorbanan besar dan usaha berterusan.

Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal
Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Menurutnya, antara amalan yang sentiasa dijaga ialah menunaikan solat pada awal waktu, istiqamah melaksanakan solat sunat tahajud serta konsisten mengulang kaji pelajaran setiap hari.

"Media sosial seperti YouTube juga banyak membantu saya memahami subjek dengan lebih mudah kerana terdapat pelbagai video pembelajaran yang sangat berguna,” katanya yang menyimpan impian untuk bergelar Pakar Forensik suatu hari nanti.

Sementara itu, Damia Amni Najihah yang berjaya memperoleh 9A berkata, fokus ketika guru mengajar dan sikap tidak malu bertanya menjadi antara rahsia kejayaannya dalam peperiksaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya suka belajar secara berkumpulan sebab kami boleh berkongsi ilmu dan saling membantu. Kalau ada yang tak faham, saya akan terus bertanya kepada cikgu. Media sosial juga menjadi salah satu sumber rujukan saya,” katanya yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menjadi seorang ustazah.

Muhammad Afif Afham (tengah) antara pelajar yang diraikan dalam majlis itu. Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal
Muhammad Afif Afham (tengah) antara pelajar yang diraikan dalam majlis itu. Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Terdahulu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025 diadakan bagi menghargai pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun khususnya dalam bidang akademik.

Majlis itu bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap usaha pelajar, malah bertujuan menyuntik motivasi kepada seluruh warga sekolah agar terus berusaha gigih serta membudayakan semangat cintakan ilmu.

Turut diraikan dalam majlis berkenaan ialah pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat 2025 serta penerima Pencapaian Terbaik SPM 2025 yang turut membanggakan nama sekolah.

Nur Afiqah Adrianna (tengah) berjaya meraih tempat pertama dalam kelas 2 Al-Farabi. Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal
Nur Afiqah Adrianna (tengah) berjaya meraih tempat pertama dalam kelas 2 Al-Farabi. Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Berikut antara nama pelajar yang cemerlang dalam akademik tahun lalu. 

Tingkatan Satu

  • Muhammad Hasan Basri Imran
  • Nur Maisarah Mohd Hafis
  • Imani Mohd Zarhan  

Tingkatan Dua 

  • Nur Afiqah Adrianna Mohamad Faizal
  • Zaim Muhaimin Ahmad Nizam
  • Ahmad Nufail Al-Zahry Anuar

Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal
Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Tingkatan Tiga

  • Wan Muhammad Amirul Wan Mohd Fauzi
  • Nurin Athirah Muhamad Nasri
  • Nur Amani Adlina Rafiuddin Al-Farabi

Tingkatan Empat

  • Muhammad Al-Hfiey Mohamad Al-Ree
  • Nur Aina Zainol Azman
  • Nurhana Zafirah Ahmad Khairi

Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal
Foto: Jurukamera SMK Jalan Kebun, Nur Alya Adrianna Mohamad Faizal

Pencapaian Terbaik SPM 2025

  • Muhammad Afif Afham Zulkefli
  • Amira Maya Qistina Mohd Fazli
  • Wan Nur Amanina Wan Mohd Fauzi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp