Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Rendah yang diterima Hamzah baru-baru ini, tidak pernah dikejar sebagai matlamat utama.
Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Rendah yang diterima Hamzah baru-baru ini, tidak pernah dikejar sebagai matlamat utama.

Anugerah bukan matlamat utama

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Jun 2026 12:17pm

Bermula dengan niat untuk menjadi guru yang mampu memberi manfaat kepada murid, perjalanan pendidik ini membuktikan keikhlasan dalam mendidik mampu membawa seseorang melangkaui batas tugas hakiki.

Sejak melangkah ke dunia pendidikan pada tahun 2010, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah, Perak, Hamzah Zakaria berkata, pelbagai cabaran ditempuhi terutama ketika ditempatkan di sekolah kurang murid (SKM).

Bagaimanapun, di situlah lahirnya kekuatan sebenar seorang guru.

Menurutnya, melihat murid yang dahulunya malu bertanya akhirnya mampu berdiri dengan penuh yakin menjadi hadiah paling bermakna sepanjang bergelar pendidik.

"Pendidikan bukan sekadar menyampaikan silibus dalam kelas, tetapi tentang menyentuh kehidupan insan lain dengan nilai, perhatian dan harapan.

"Prinsip itu yang mendorong saya untuk aktif membantu sekolah, menyokong rakan guru dan mempelajari kepimpinan sedikit demi sedikit sebelum diberi kepercayaan memegang jawatan pentadbiran," katanya.

Gambar kecil: Hamzah
Gambar kecil: Hamzah

Walaupun kini memikul amanah sebagai pemimpin sekolah, Hamzah percaya seorang pentadbir bukan hanya mengurus sistem dan pencapaian tetapi perlu menjadi pendengar terbaik, pembimbing yang memahami serta sumber inspirasi kepadawarga sekolah.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Rendah yang diterima baru-baru ini, tidak pernah dikejar sebagai matlamat utama.

Sebaliknya, penghargaan itu dianggap hasil doa keluarga, sokongan rakan sekerja, kepercayaan pihak jabatan pendidikan serta inspirasi daripada murid-murid yang menjadi kekuatan setiap hari.

Di sebalik kejayaan itu juga tersimpan pengorbanan besar melibatkan masa, tenaga dan waktu bersama keluarga.

"Setiap pengorbanan menjadi sangat berharga apabila melihat murid kita berjaya, guru semakin bersemangat dan sekolah terus berkembang ke arah lebih baik," katanya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp