
'Buy now pay later' dan generasi muda: Mudah berbelanja, sukar membayar? Elakkan unsur riba pengurusan kewangan Islam diutamakan
Dalam era digital pada masa kini, cara masyarakat dalam dunia berbelanja mengalami perubahan yang amat ketara kerana wujudnya pelbagai kaedah pembayaran yang moden diperkenalkan mengikut peredaran zaman yang semakin canggih bagi memudahkan urusan pengguna.
Dahulu, bayaran secara ansuran sinonim dengan kaedah menggunakan kad kredit atau pinjaman bank.
Namun kini, wujudnya satu kaedah yang kini semakin mendapat perhatian di dalam kalangan masyarakat ialah sistem Buy Now Pay Later (BNPL). Melalui sistem atau cara ini, pengguna boleh membeli sesuatu barangan yang mereka inginkan terlebih dahulu tanpa mengeluarkan wang mereka dan akan membuat bayaran secara ansuran pada masa akan datang tanpa memiliki kad kredit yang perlu melalui proses rumit untuk memilikinya.
Pengguna boleh membeli dengan hanya perlu klik sahaja di aplikasi ataupun platform e-dagang untuk mereka memiliki barangan idaman.
Kemudahan yang ada ini sememangnya membantu ramai pengguna di luar sana, terutamanya golongan muda dan pelajar kerana mereka ini adalah golongan yang berkembang mengikut peredaran zaman.
Namun begitu, penggunaan sistem BNPL secara tidak terkawal juga boleh membawa kesan yang buruk dengan timbulnya masalah hutang dan tekanan kewangan.
Persoalannya, adakah BNPL ini benar-benar membantu pengguna atau hanya satu alat yang menjadi perangkap kewangan di alam moden ini? Dari sudut ekonomi Islam, isu ini perlu dititikberatkan dengan lebih mendalam agar pengguna tidak terjerumus dalam amalan yang bercanggah dengan syariah Islam.
BNPL ini semakin popular disebabkan oleh mereka menawarkan proses pembayaran yang lebih mudah dan pantas dalam proses pembelian barangan tersebut. Pengguna tidak perlu menyediakan wang yang banyak untuk membeli sesuatu barang yang mereka ingin memilikinya kerana sistem ini merupakan beli sekarang bayar kemudian.
Selain itu, kebanyakan platform BNPL juga tidak memerlukan proses kelulusan yang rumit seperti pinjaman bank biasa yang mempunyai banyak proses untuk membayar barangan tanpa menggunakan wang.
Faktor ini menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk menggunakan kemudahan tersebut. Golongan muda tertarik disebabkan mereka tidak memerlukan wang yang banyak untuk memiliki barang tersebut dan proses kelulusan yang cepat lulus menarik generasi muda untuk mengambil peluang menggunakannya.
Akibat perubahan struktur teknologi masa kini generasi muda banyak menggunakan aplikasi yang menawarkan BNPL ini dan sesuai dengan anak muda pada masa kini.
Dalam hukum syariah adakah BNPL ini semakin popular salah? Jawapannya tidak, kerana dalam ekonomi Islam itu sendiri menitikberatkan kemudahan dalam urusan muamalat untuk membantu kehidupan masyarakat.
Dalam Islam tidak melarang pembelian secara ansuran selagi tidak ada unsur riba, gharar dan penindasan. Namun penggunaan BNPL tanpa kawalan boleh mendorong pengguna kepada sikap yang suka berhutang dan sikap pembaziran semakin menjadi pilihan yang tidak selari dengan prinsip kesederhanaan dalam Islam mengikut syariah.
Walaupun BNPL ini menawarkan kemudahan kepada pengguna, sistem ini juga boleh menyebabkan berlakunya kesan negatif sekiranya digunakan tanpa kawalan.
Ramai pengguna terdorong ke arah yang tidak elok seperti membeli barangan yang sebenarnya tidak diperlukan kerana mereka merasakan bayaran boleh di buat kemudian dan tidak memerlukan wang pendahuluan.
Akibat daripada itu, pengguna mudah terjebak dalam dunia berhutang dan menghadapi akan mengalami tekanan kewangan apabila gagal membuat pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan atas pembelian mereka itu. Faktor FOMO (Fear of Missing Out) atau perasaan takut ketinggalan turut menyumbang kepada kesan negatif penggunaan BNPL.
Keinginan untuk sentiasa mengikuti trend semasa dan tidak mahu ketinggalan berbanding orang lain mendorong pengguna membuat pembelian tanpa perancangan kewangan yang baik, sekali gus meningkatkan risiko beban hutang.
Perkara ini juga menjadi salah satu punca kesan negatif terhadap penggunaan BNPL ini wujud kerana pengguna masa kini takut ketinggalan menyebabkan mereka sanggup mengikut trend dengan menggunakan BNPL ini tanpa kawalan dan menjerat mereka dalam masalah kewangan dengan menanggung beban hutan yang menghimpit kehidupan mereka.
Gagal mengurus kewangan mengakibatkan mereka terjerumus dalam kehidupan bankrap dan muflis pada usia muda.
Dalam ekonomi Islam, pengurusan kewangan secara berhemah amat dititikberatkan untuk membentuk satu pandangan yang mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.
Islam tidak pernah melarang untuk umat Islam berhutang, namun umat Islam disarankan untuk mengelakkan sikap berhutang yang tidak sepatutnya dilakukan jika perkara itu tidak penting.
Selain itu, Islam juga melarang pembaziran dan sikap berlebih-lebihan dalam berbelanja yang melampaui keperluan yang sepatutnya dibeli ataupun digunakan.
Sesetengah platform yang menawarkan sistem BNPL turut mengenakan caj tambahan atau penalti apabila pengguna gagal untuk membuat bayaran tepat pada waktunya. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai unsur yang tidak diingini seperti riba yang dilarang dalam Islam.
Oleh itu, pengguna Muslim perlu lebih berhati-hati sebelum menggunakan kemudahan yang ada seperti BNPL ini. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah: 275) Dalam mencari cara untuk mengelakkan masalah kewangan berlaku akibat penggunaan BNPL ini, masyarakat perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan sejak usia muda lagi.
Pengguna juga perlulah membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat pembelian tanpa kawalan yang boleh menjurus kepada pembaziran dan memberi beban dalam kehidupan.
Dalam masa yang sama, institusi kewangan Islam dan pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan sistem pembayaran yang ditawarkan lebih telus dan mematuhi prinsip syariah tanpa ada unsur riba yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan hukum syarak.
Selain daripada institusi kewangan Islam yang memainkan peranan masyarakat atau pengguna perlu mengawal diri daripada terus membeli barangan yang bukan menjadi keperluan asas dalam kehidupan mereka kerana mereka banyak berbelanja untuk memenuhi kehendak semata Sahaja dan mereka perlulah berbelanja secara bersederhana dan jangan terlalu berlebihan.
Pihak Kerajaan haruslah memantau penggunaan sistem BNPL ini supaya tidak melampaui dan melanggar hukum syariah.
Kesimpulannya, BNPL sememangnya memberikan kemudahan kepada masyarakat moden, namun penggunaan tanpa kawalan boleh membawa mereka terjurus kepada masalah hutang dan dibelenggu tekanan kewangan di masa akan datang.
Oleh itu, masyarakat perlu bijak dalam mengurus perbelanjaan serta memahami risiko sebelum menggunakan kemudahan yang ditawarkan dalam pembelian barangan.
Pendekatan ekonomi Islam yang menekankan keseimbangan, tanggungjawab dan pengurusan kewangan secara berhemah wajar dijadikan panduan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
Maklumat penulis:
1) Mahasiswa Tahun Dua Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Alif Azwan Fazuli
2) Pensyarah Kanan merangkap Penyelaras Kursus Pengenalan kepada Ekonomi Islam UMT, Dr Jaharudin Padli
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my