Herman (gambar kecil)
Herman (gambar kecil)

PdP lebih kreatif, elak budaya latih tubi

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
27 Jul 2026 04:01pm

Pelaksanaan Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4 bukan alasan untuk guru memperbanyakkan latihan atau menjadikan murid ‘mesin menjawab soalan’.

Sebaliknya, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih tertumpu kepada penguasaan konsep, pemikiran kritis dan penglibatan aktif murid dalam kelas.

Bagi memastikan pembelajaran kekal menyeronokkan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Herman Mahamad Gapar berkata, cikgu Tahun 4 mula mengurangkan lambakan lembaran kerja dan menggantikannya dengan aktiviti pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) seperti Think-Pair;Share dan Gallery Walk.

“Kaedah ini bukan sahaja menggalakkan murid berkomunikasi dan bekerjasama, malah membantu mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam.

“Selain itu, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) juga boleh diperluaskan menerusi tugasan projek mini yang menghubungkan kandungan pembelajaran dengan situasi kehidupan sebenar.

“Pendekatan ini secara tidak langsung membina Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT) tanpa bergantung hafalan semata-mata,” katanya.

Bukan itu sahaja, tambah Herman, guru turut mempelbagaikan kaedah penilaian melalui pemerhatian, pembentangan, soal jawab lisan dan aktiviti Dalam aspek Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru mempelbagaikan kaedah penilaian melalui pemerhatian, pembentangan, soal jawab lisan dan aktiviti menggunakan kuiz fizikal atau platform digital.

Tambah Herman, pendekatan pengajaran pembezaan terus diberi perhatian dengan aktiviti mengikut tahap penguasaan murid.

“Pendekatan ini membuktikan persediaan menghadapi Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4 bukan sekadar mengejar markah, sebaliknya membina murid yang benar-benar memahami, yakin dan mampu mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Reaksi

"Pada pemerhatian saya dan suami, anak kami dapat menerima pelaksanaan Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4 ini dengan tenang dan bersedia. Kami juga mahu dia lebih fokus pada pembelajaran dalam kelas, mengambil kelas tambahan dalam talian dan membuat latihan setiap hari.

"Pihak sekolah juga sudah mula mengadakan kelas tambahan dan mengutamakan subjeksubjek yang terlibat seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.” - Suri rumah, Norzira Jusoh, 47.

"Sebagai ibu, saya akan memastikan anak sentiasa memberikan tumpuan dalam kelas dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru. Saya juga mencari buku-buku latihan tambahan di dalam talian supaya anak saya lebih bersedia dengan kepelbagaian soalan yang disediakan.” - Pekerja swasta, Nurul Ain binti Mohamad Harun, 39.

Dari kiri Norzira, Nurul Ain dan Aariz Arrian
Dari kiri Norzira, Nurul Ain dan Aariz Arrian

"Mula-mula saya takut juga hendak menghadapi peperiksaan yang besar macam ini, tetapi cikgucikgu banyak membantu beri latihan dan tunjuk ajar kepada kami. Jadi, saya rasa, boleh buat betul-betul untuk Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4 nanti.” - Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, Aariz Arrian Azrul Azwan, 10.

“Saya rasa ini satu peluang untuk mengenal pasti apa kelemahan saya. Jadi, selepas dapat keputusan nanti, saya boleh perbaiki lagi dengan bantuan guru-guru, rakan-rakan atau ibu bapa.” - Pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Muhammad Altamis Riyaz Mohd Fitri, 10.

Dari kiri Muhammad Altamis Riyaz dan Rania Irdina
Dari kiri Muhammad Altamis Riyaz dan Rania Irdina

"Saya mulanya takut dengan pentaksiran ini, tetapi selepas guru-guru dan ibu bapa terangkan mengenai peperiksaan ini lebih mendalam, saya rasa lega. Pentaksiran ini sebenarnya untuk menilai kelemahan murid. Setiap hari cikgu bagi semangat dan menyediakan latih tubi kepada kami. Jadi, disebabkan itulah saya tidak boleh menghampakan orang-orang yang membantu saya." - Pelajar Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, Rania Irdina Rafiq Iskandar, 10.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp