Anwar
Anwar

Lebih 31,000 pelajar Tingkatan 6 miskin tegar terima BAmP RM150

28 Jul 2026 12:36pm

Kerajaan memperluaskan Bantuan Am Persekolahan (BAmP) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada pelajar Tingkatan 6 daripada keluarga miskin tegar, membabitkan peruntukan RM4.69 juta pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 31,000 pelajar Tingkatan 6 dengan peruntukan keseluruhan RM4.69 juta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pelajar Tingkatan 6 ketika beliau turun padang.

"Kita bagi wang saku RM150 kepada murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5, jadi Tingkatan 6 terlepas.

"Jadi untuk murid Tingkatan 6, kita akan berikan bantuan yang sama. Jadi selesai," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

BAmP merupakan antara bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diwujudkan bagi membantu murid daripada keluarga miskin dan miskin tegar meneruskan persekolahan serta mengurangkan risiko keciciran pendidikan.

Selain BAmP, KWAPM turut menyediakan Bantuan Kecemasan (BK) kepada murid yang memenuhi syarat kelayakan. - Sinar Harian 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp