No Image Caption

Jalur Gemilang di mata 'Gen Alpha'

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Aug 2026 12:00am

Masihkah sehelai panji membawa makna buat generasi yang membesar dalam dunia digital?

Setiap kali Ogos menjelma, Jalur Gemilang mula menghiasi kawasan sekolah, rumah dan jalan raya.

Merah, putih, biru dan kuning menjadi pemandangan biasa, tetapi apakah maksudnya kepada generasi yang sentiasa melihat dunia melalui skrin?

Bagi Generasi Alpha, patriotisme mungkin bukan lagi sekadar berdiri tegak tatkala lagu Negaraku berkumandang atau mengibar bendera di sekolah.

Sebaliknya, ada cara tersendiri memahami Malaysia, melalui kandungan digital, persahabatan, budaya, bahasa, kreativiti dan pengalaman sebagai murid.

Minggu ini Sinar Bestari meneroka pemikiran Generasi Alpha tentang Jalur Gemilang kerana di sebalik empat warna dan 14 jalur itu, ada sebuah negara yang sedang meletakkan harapan buat generasi ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp