4 hari, 3 malam sejuta cerita!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
06 Oct 2026 05:42pm

Kamera ialah alat utama dalam dunia TV PSS, namun perjalanan peserta akhir Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 bermula dengan sesuatu yang lebih penting iaitu ilmu, keberanian dan kerja berpasukan.

Selama empat hari tiga malam, peserta bukan sahaja hadir untuk bertanding, sebaliknya dibawa menyelami pengalaman sebagai pengamal media cilik menerusi pelbagai sesi perkongsian, bengkel, aktiviti interaktif dan tugasan berkumpulan.

Ikuti perjalanan mereka dari hari pertama sehingga ke hari Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2026 di Hotel Premiere Klang.

Kamera di tangan, kreativiti menjadi taruhan, kenangan pula dibawa pulang!

No Image Caption

Hari pertama

- Pendaftaran murid dan pelajar

- Sesi pengenalan diri

Artikel Berkaitan:

- Slot Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)

- Slot Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

No Image Caption

Hari kedua

Hari kedua pula menyaksikan peserta semakin selesa bekerja dalam kumpulan. Jika pada awalnya masing-masing masih mencari rentak, kini idea mula bercambah.

Ada yang sudah mula bertanya, mencatat, berbincang dan tidak kurang juga yang sudah bersedia dengan telefon di tangan untuk merakam momen penting.

Peserta dan guru pembimbing berpeluang melihat proses percetakan al-Quran, novel, buku-buku dan surat akhbar di kilang percetakan Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB).
Peserta dan guru pembimbing berpeluang melihat proses percetakan al-Quran, novel, buku-buku dan surat akhbar di kilang percetakan Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB).

Kesemua peserta akhir dibawa ke Karangkraf Sdn Bhd untuk menyelami sendiri dunia penerbitan menerusi lawatan ke kilang percetakan, sebelum meneruskan pengalaman dengan mengunjungi Festival Novel Karangkraf yang menghimpunkan pelbagai karya dan aktiviti berkaitan dunia buku.

- Lawatan ke Karangkraf - kilang percetakan dan Anugerah Novel Karangkraf

- Bengkel asas videografi dan Bengkel kecerdasan buatan (AI) bersama tenaga pengajar Sinar Bestari

- Raptai ringkas

Peserta dan guru pembimbing berpeluang melihat proses percetakan al-Quran, novel, buku-buku dan surat akhbar di kilang percetakan Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB).
Peserta dan guru pembimbing berpeluang melihat proses percetakan al-Quran, novel, buku-buku dan surat akhbar di kilang percetakan Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB).

Hari ketiga

- Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2026

- Bengkel bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

- Malam kebudayaan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp