
Riuh Merdeka, celik internet!
Sorakan murid, kibaran Jalur Gemilang dan semangat menyambut Hari Malaysia memenuhi suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, Shah Alam, baru-baru ini.
Menerusi program Riuh Sekolahku Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebelum ini, murid bukan sahaja berpeluang meraikan bulan patriotik dalam suasana penuh keceriaan, malah mendapat ilmu baharu menerusi Kempen Internet Selamat yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Jika sambutan Hari Malaysia mengajar murid tentang kepentingan perpaduan dan cinta akan negara, Kempen Internet Selamat pula membuka mata mereka tentang satu lagi dunia yang dekat dengan kehidupan seharian iaitu alam digital.
Menariknya, ilmu yang diperoleh hadir dalam suasana santai dan menyeronokkan, menjadikan sambutan ini sarat dengan pengetahuan baharu.
Semangat Merdeka, digital selamat!
