KPM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan permohonan berkenaan dibuka bermula 1 hingga 30 Nov ini, melalui pautan dan kod QR yang disediakan.
KPM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan permohonan berkenaan dibuka bermula 1 hingga 30 Nov ini, melalui pautan dan kod QR yang disediakan.

KPM buka saluran khas PIBG mohon keperluan penyelenggaraan sekolah hingga 30 Nov

03 Nov 2026 11:06am

Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan saluran khas bagi membolehkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengemukakan permohonan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi 2027.

KPM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan permohonan berkenaan dibuka bermula 1 hingga 30 Nov ini, melalui pautan dan kod respons pantas (QR) yang disediakan.

Menurut kementerian itu, inisiatif berkenaan diambil susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan RM2 bilion menerusi Belanjawan 2027, iaitu peningkatan RM1 bilion bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini.

"Walau bagaimanapun, inisiatif ini bukan bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik.

"Setiap cadangan hendaklah berasaskan keperluan sebenar dengan memberikan keutamaan kepada kerosakan kritikal serta perkara yang melibatkan risiko terhadap keselamatan murid dan warga sekolah," menurut hantaran itu.

KPM berharap inisiatif berkenaan dapat memudahkan pihak PIBG mengemukakan permohonan penyelenggaraan dan pembaikan bagi sekolah masing-masing secara terus kepada kementerian itu.

Pada Ogos lepas, Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 antara lain menggesa KPM agar menggerakkan usaha turun padang ke setiap daerah bagi meneliti permohonan pembaikan prasarana sekolah. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp