Gimik pelancaran Fiesta STEM TVET di SMK Bukit Tinggi baru-baru ini.
Gimik pelancaran Fiesta STEM TVET di SMK Bukit Tinggi baru-baru ini.

Jangan sekadar guna, cipta sesuatu bermakna

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Nov 2026 01:55pm

Fokus utama Fiesta STEM TVET di SMK Bukit Tinggi adalah menyemai pemikiran kreatif, meneroka potensi ilmu dan menguasai kemahiran masa hadapan.

Secara tidak langsung ia membuka minda murid terhadap peluang yang lebih luas menerusi bidang sains, teknologi dan kemahiran teknikal.

Menurut pengetua sekolah, Ruslizawati Ahmad, program berkenaan bukan sekadar menghimpunkan pameran dan aktiviti menarik, malah platform untuk murid meneroka bakat, mencuba perkara baharu dan melihat bagaimana ilmu di bilik darjah diaplikasikan dalam kehidupan.

"Menerusi pendekatan STEM dan TVET, murid berpeluang memahami bahawa pembelajaran bukan hanya berkisar pada buku teks dan peperiksaan.

"Sebaliknya, ilmu turut menjadi asas kepada penciptaan teknologi, penyelesaian masalah dan penghasilan inovasi yang bermanfaat," katanya.

Menariknya, ujar Ruslizawati, setiap murid mempunyai potensi tersendiri untuk dikembangkan, tanpa mengira laluan pendidikan atau kecenderungan masing-masing.

"Mereka digalakkan mengunjungi reruai, menyertai aktiviti, mengajukan soalan dan berani mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan.

"Murid bukan sekadar perlu menjadi pengguna teknologi, tetapi juga peneroka, pencipta dan penyelesai masalah," katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp