Pemain SK Seksyen 20 muncul juara Piala Raja Muda Selangor 2023.
Pemain SK Seksyen 20 muncul juara Piala Raja Muda Selangor 2023.

Piala Raja Muda Selangor 2024 lebih kompetitif

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
11 Oct 2023 06:11pm
A
A
A

Piala Raja Muda Selangor 2024 lebih kompetitif

Kejohanan Piala Raja Muda Selangor bakal berwajah baharu pada tahun depan dengan penampilan lebih banyak pasukan di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir berkata, kejohanan tersebut akan lebih kompetitif mulai edisi 2024 apabila melibatkan pasukan dari semua daerah.

“Bagi kejohanan tahun ini, kita masih kekalkan format terbuka kepada sekolah rendah dalam daerah Pendidikan Petaling Perdana dan Petaling Utama.

“Tahun depan, saya telah mendapatkan kebenaran untuk anjurkan kejohanan ini di seluruh Selangor. Maka, ia akan lebih hebat dan akan dimulakan lebih awal.

“Jadi, bilangan sekolah tahun depan lebih banyak. Saya juga berterima kasih kepada kumpulan perangsang yang telah menyumbang tajaan untuk penganjuran program ini,” katanya.

Piala Raja Muda Selangor 2023 merupakan kejohanan bola sepak bawah 12 tahun dan mendapat tajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad.

Kejohanan edisi ke-34 itu melibatkan lebih 500 pemain dan berlangsung secara liga dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati (16 terbaik) sebelum lolos ke suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Artikel Berkaitan:

Pada aksi final di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20, Shah Alam menewaskan SK Taman Alam Megah 2-0 untuk dinobatkan sebagai juara.

Selaku juara, SK Seksyen 20 membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala, pingat dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan & Perkhidmatan Korporat) Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad, Suzila Khairuddin.

SK Taman Alam Megah pula membawa pulang RM3,000, manakala SK Puchong dan SK Seri Selangor yang menduduki tempat ketiga serta keempat, masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000 berserta pingat serta sijil.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok