Muhammad Amir Imran (tiga dari kiri), Kartigesu (empat dari kiri) dan Yuen Xin (lima dari kiri) dilantik sebagai Duta Sahsiah SMK Tun Syed Sheh Barakbah.
Muhammad Amir Imran (tiga dari kiri), Kartigesu (empat dari kiri) dan Yuen Xin (lima dari kiri) dilantik sebagai Duta Sahsiah SMK Tun Syed Sheh Barakbah.

KPM lancar Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah

MOHD ISKANDAR OTHMAN
01 Nov 2023 10:12am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar di negara ini.

Melalui inisiatif itu, setiap sekolah akan melantik duta sahsiah terdiri daripada kalangan pelajar dan menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme, Shafruddin Ali Hussin berkata, pimpinan pelajar dipilih sebagai duta kerana mereka lebih rapat dan mengenali antara satu sama lain.

Malah Shafruddin berkata, mereka juga akan membantu memberi kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku buli dan salah laku seksual.

“Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menegaskan bahawa buli, gangguan seksual dan perkauman adalah tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap pelaku kesalahan ini.

Pelajar Tun Syed Sheh Barakbah merakamkan gambar kenangan bersama Pasukan Anjing K-9 yang dibawa oleh PDRM Pulau Pinang pada pameran sempena Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaaan 2023.

“Dengan pelancaran dan lantikan duta sahsiah ini, kita mahu menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah dan mereka inilah yang akan menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di semua institusi pendidikan KPM,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Pendidikan pada majlis pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaaan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada majlis pelancaran tersebut, tiga pimpinan pelajar sekolah berkenaan dilantik menjadi Duta Sahsiah yang turut berperanan membantu mencegah salah laku disiplin pelajar daripada terlibat kegiatan jenayah dan perlakuan menyalahi undang-undang.

Shafruddin (lima dari kanan) dan Kok Chin (enam dari kiri) bergambar bersama Pasukan Gerakan Udara PDRM yang turut membuka gerai pameran sempena Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaaan 2023.

Mereka yang dilantik ialah Ketua Pelajar, Muhammad Amir Imran Musa yang merupakan pengawas sekolah dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Mahasiswa Nibong Tebal.

Turut dilantik ialah pelajar Tingkatan Tiga, Tan Yuen Xin yang juga Penolong Ketua Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Cina serta pelajar Tingkatan Empat yang juga Ketua Exco Disiplin Lembaga Pengawas Sekolah, B Kartigesu.

Shafruddin berkata, Duta Sahsiah yang dilantik oleh pihak sekolah ini adalah pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan memperoleh pencapaian yang terbaik dari segi akademik, sahsiah dan sosial serta diyakini dapat menjadi contoh kepada pelajar lain.

Shafruddin (empat dari kanan) ketika meninjau gerai pameran PDRM yang dibuka sempena sempena Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaaan 2023.
Shafruddin (empat dari kanan) ketika meninjau gerai pameran PDRM yang dibuka sempena sempena Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaaan 2023.

Kerjasama

Sementara itu, Kok Chin berkata, Polis Pulau Pinang memperhebatkan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi membanteras jenayah dalam kalangan pelajar termasuk gejala buli di negeri itu.

Beliau berkata, muafakat itu penting sebagai usaha mengekang kegiatan buli dan vandalisme dalam kalangan pelajar.

Katanya, selaras dengan hasrat itu pihaknya akan melipat gandakan usaha bagi memastikan kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung.

“Kita akan sentiasa memberi bantuan dari pelbagai segi sekiranya diperlukan pihak sekolah.

“Sekiranya ada maklumat berkaitan jenayah daripada pihak JPN, kita akan sama-sama cari jalan bagi menyelesaikan kes-kes terbabit,” katanya.

Pelajar dan guru SMK Tun Syed Sheh Barakbah mengambil peluang merakamkan swafoto bersama dengan jentera PDRM.
Pelajar dan guru SMK Tun Syed Sheh Barakbah mengambil peluang merakamkan swafoto bersama dengan jentera PDRM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok