Kariko (kanan) dan Weissman diumum sebagai pemenang bersama Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan.
Kariko (kanan) dan Weissman diumum sebagai pemenang bersama Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan.

Saintis bangunkan teknologi mRNA menang Hadiah Nobel 2023

05 Oct 2023 01:59pm

Dua saintis masing-masing dari Hungary dan Amerika Syarikat (AS) dianugerahkan Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin atas sumbangan mereka membangunkan teknologi yang membawa kepada vaksin mRNA.

Kemenangan Dr Katalin Kariko dan Dr Drew Weissman diumumkan oleh Royal Swedish Academy of Sciences di Stockholm, Sweden.

Kariko adalah profesor Biokimia di Universiti Sagan, Hungary sementara Weismann merupakan pembantu profesor di Universiti Pennsylvania, AS.

Kedua-dua saintis tersebut bekerjasama menerbitkan penemuan mereka dalam sebuah jurnal perubatan pada tahun 2005, namun kurang mendapat perhatian ketika itu.

Penemuan Kariko dan Weismann itu berperanan penting dalam mengekang penyebaran virus Covid-19.

Semasa gelombang pandemik Covid-19, Moderna dan Pfizer-BioNTech membangunkan vaksin yang kedua-duanya berasaskan teknologi mRNA dibangunkan gandingan Kariko-Weissman.

Artikel Berkaitan:

Kariko dan Weissman akan menerima hadiah kemenangan berupa diploma, pingat emas dan cek berjumlah AS$1 juta (RM4.72 juta).

Hadiah tersebut bakal disampaikan Raja Carl XVI Gustaf pada majlis rasmi di Stockholm pada 10 Disember nanti sempena ulang tahun kematian Saintis Alfred Nobel pada 1896 yang mencipta anugerah berkenaan dalam wasiat terakhirnya. - AGENSI

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp