No Image Caption

Kejayaan dalam sukan pelayaran, salah satu aspek kemenjadian pelajar SMK Felda Tenggaroh

Kemenjadian pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh, Mersing, Johor boleh dibuktikan menerusi sukan pelayaran

01 Feb 2023 05:21pm
A
A
A

Kemenjadian pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh, Mersing, Johor boleh dibuktikan menerusi sukan pelayaran.

Sekolah ini meraih pelbagai kejayaan dalam sukan pelayaran melalui dua pelajarnya, Nuramylea Husna Razali dan Muhammad Aliff Najmi Razali.

Kedua-dua pelajar ini telah mendapat bimbingan dan galakkan daripada Cikgu Mohamad Farahim Mohd Sanimin selaku Pengerusi Teknik Pelayaran Mersing sejak tahun 2018 sehingga sekarang.

Kapal layar yang dipertandingkan ketika Kejohanan Pelayaran MSSJ 2022 sedang berlangsung.

Kapal layar yang dipertandingkan ketika Kejohanan Pelayaran MSSJ 2022 sedang berlangsung
Kapal layar yang dipertandingkan ketika Kejohanan Pelayaran MSSJ 2022 sedang berlangsung

Nuramylea Husna dinobatkan Naib Johan Laser 4.7 Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2022 manakala Muhammad Aliff pula menjadi Johan Optimist B15 pada kejohanan yang sama.

Mereka berdua turut berganding bahu mencipta kejayaan dalam Cabaran E-Sailing VR Regatta MSSJ 2021.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menjadi kebanggaan sekolah apabila Nuramylea Husna terpilih mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang dijadualkan September ini.

Kejayaan ini juga sekali gus ditampilkan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Sehubungan itu, SMK Felda Tenggaroh telah berjaya mempamerkan kejayaan yang hebat dan semestinya perlu diteruskan lagi agar nama sekolah ini mekar sehingga ke peringkat tertinggi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok