31 murid SK Lempor timba pengalaman berharga sepanjang mengikuti Program Revolusi Edugames 4.0.
31 murid SK Lempor timba pengalaman berharga sepanjang mengikuti Program Revolusi Edugames 4.0.

Kemenjadian murid menerusi revolusi edugames 4.0

ROSHLAWATY MD RAIEH
29 Jan 2024 05:45pm
A
A
A

Penglibatan murid dalam program sekolah memberi pelbagai kebaikan kepada mereka.

Antaranya membolehkan murid mengembangkan beberapa kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama dan komunikasi melalui penyertaan dalam aktiviti berbeza.

Selain itu, penyertaan mereka pada program dan aktiviti sekolah turut meningkatkan motivasi dan memupuk kemahiran berfikir kritis melalui cabaran yang memerlukan pemikiran kreatif.

Terbaharu, seramai 31 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lempor, Kuala Kangsar, Perak menyertai Program Revolusi Edugames 4.0 dalam siri lawatan permainan pendidikan ke Kedah dan Perlis, pada Sabtu.

No Image Caption

Penyelaras lawatan, Cikgu Muhammad Amin Abu berkata, program julung kali yang turut disertai 13 guru pengiring itu berkonsepkan pembangunan karakter murid selaras saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membentuk kemenjadian murid.

“Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai konsep pembelajaran dengan mengaplikasikan mekanisme permainan dan teknik reka bentuk ‘games’.

“Dalam siri lawatan tersebut, setiap murid diberi modul edugames untuk menyelesaikan soalan berkonsepkan teka-teki, teka silang kata, mencari perkataan tersembunyi dan aktiviti lukisan menggambar,” katanya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Ramlah Osman memuji penglibatan murid-muridnya dalam program tersebut.

No Image Caption

Selain menimba banyak perkongsian baharu dan memupuk pelbagai kemahiran, program itu juga bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) masa kini.

“Revolusi Edugames 4.0 tersebut dilihat sebagai landasan kepada murid untuk membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial.

“Malah ia membuka minda dengan pengalaman dan penerokaan ilmu baharu,” ujarnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok