Pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan GPN 4.60 berbanding 4.74 tahun sebelumnya.
Pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan GPN 4.60 berbanding 4.74 tahun sebelumnya.

11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A

27 May 2024 11:02am
A
A
A

Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

"Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.

"Seramai 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342,742 pada tahun 2022,” katanya semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 di Putrajaya hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok