Tangkap layar perbualan dan gambar tangan kanak-kanak diconteng yang dikongsi ibu berkenaan.
Tangkap layar perbualan dan gambar tangan kanak-kanak diconteng yang dikongsi ibu berkenaan.

2 kali anak dibuli, luahan seorang ibu undang kebimbangan orang ramai

25 Aug 2023 05:52pm

Seorang ibu berkongsi luahan menerusi hantaran di Facebook mendakwa anaknya menjadi mangsa buli pelajar lain di sekolah.

Pelayar laman sosial itu mendakwa, anaknya sering dibuli di sekolah dan ia bukan kes buli pertama yang menimpa kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Berdasarkan perkongsian tangkap layar yang dibuat, kali pertama ia berlaku pada 16 Ogos lalu dan mendakwa kepala anaknya telah dihentak di meja, namun berlaku pertelingkahan kecil bersama bapa pelaku yang tidak mengakui perbuatan tersebut.

“Kali kedua berlaku pada Rabu dekat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pula. Tangan anak saya telah diconteng dengan perkataan ‘kau b**i’.

“Alahai adik, ibu sudah ajar lari kalau tidak boleh melawan tetapi dia tidak mampu,” katanya.

Perkongsian yang dibuat mengundang kebimbangan ibu bapa lain dan mereka turut berkongsi pengalaman anak yang pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Seorang pelayar laman sosial yang turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut mengatakan anaknya pernah ditarik tudung dan buku dicuri.

Bagaimanapun, Hajar berkata, isu buli yang melibatkan anaknya telah diselesaikan dan pelaku tersebut telah mengaku bersalah.

Artikel Berkaitan:

“Ustazah sudah bawa anak saya mencari pembuli itu dan pelakunya telah dijumpai dan dihukum rotan.

“Terima kasih pihak sekolah kerana pantas bertindak,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp