Gajah mempunyai kawasan rayau yang luas. Ia selalu bergerak dalam kumpulan dan diketuai oleh seekor gajah betina paling tua.
Gajah mempunyai kawasan rayau yang luas. Ia selalu bergerak dalam kumpulan dan diketuai oleh seekor gajah betina paling tua.

20 fakta menarik tentang gajah yang perlu anda tahu!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 May 2025 05:10pm

Tular satu insiden menyayat hati apabila seekor anak gajah jantan dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada pagi Ahad.

Namun yang lebih menyentuh perasaan ialah tindakan ibu gajah enggan beredar dari sisi anaknya yang terbaring kesakitan dan kemudiannya mati di tempat kejadian.

Rakaman detik penuh emosi itu mencuri perhatian ribuan rakyat Malaysia, lantas mencetuskan perbualan hangat tentang sifat kasih sayang luar biasa dalam dunia haiwan.

Rentetan kejadian itu, ramai mula menzahirkan rasa ingin tahu terhadap kehidupan gajah iaitu haiwan darat terbesar di dunia yang selama ini mungkin kurang diberi perhatian.

No Image Caption

Hari ini, Sinar Bestari membawakan 20 fakta menarik tentang sisi kehidupan gajah untuk dikongsi bersama pembaca.

1) Gajah merupakan mamalia darat terbesar yang boleh ditemui di Afrika dan Asia serta tidak boleh melompat.

2) Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit.

Artikel Berkaitan:

3) Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu.

4) Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan.

5) Haiwan ini boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter.

6) Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu-satu masa bersamaan 9.46352946 liter.

7) Pada tahun 1916, seekor gajah dibicarakan dan di hukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee.

8) Pada Perang Dunia ke 2, bom pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

9) Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.

10) Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.

No Image Caption

11) Haiwan ini boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari.

12) Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3 kilogram.

13) Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin.

14) Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat.

15) Gajah mempunyai kawasan rayau yang luas. Ia selalu bergerak dalam kumpulan dan diketuai oleh seekor gajah betina paling tua.

16) Sistem sosial gajah sangat unik kerana terdapat tabiat dipanggil allo-mothering di mana semua gajah betina akan bersama-sama menjaga anak gajah walaupun bukan anaknya.

17) Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun.

No Image Caption

18) Gajah tidur berdiri tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring.

19) Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya.

20) Gajah mempunyai tempoh bunting yang lama iaitu hampir dua tahun dan hanya melahirkan seekor anak pada satu masa.

Sumber: Facebook Dunia Haiwan Malaysia dan Instagram perhilitan_malaysia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp