200 calon SPM ikuti program pembangunan modal insan di Mersing
200 calon SPM ikuti program pembangunan modal insan di Mersing

200 calon SPM ikuti program pembangunan modal insan di Mersing

Roshlawaty Md Raieh
02 Dec 2022 09:45am
A
A
A

Seramai 200 pelajar Tingkatan Lima dari sekolah sekitar daerah Mersing, Johor, terpilih mengikuti program Yayasan Petronas empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Akademik di Hotel Seri Malaysia, Mersing, baru-baru ini.

Peserta yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terdiri daripada pelajar tujuh buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar, SMK Ungku Husin, SMK Felda Tenggaroh, SMK Tan Sri Abdul Kadir, SMK Mersing, SMK Anjung Batu dan SMK Pai Chee.

Program pembangunan modal insan yang ditaja oleh Yayasan Petronas dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) serta dikendalikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Advanced berobjektif mempertingkatkan dan memperkasakan peserta dengan latihan kemahiran akademik.

Selain itu, ia turut membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui kemahiran pembangunan akademik dan peribadi.

Majlis pelancaran program Yayasan Petronas empower ECER Akademik yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor.

Menurut Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin, program tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para peserta.

Antaranya kelas pengukuhan akademik, teknik menjawab soalan subjek teras, latihan dalam kumpulan dan program motivasi.

Peserta mengikuti latihan dalam kumpulan menerusi program Yayasan Petronas empower ECER Akademik.

Sementara itu, Profesor Madya Ts Dr Hamzah Ahmad yang menjalankan fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced berkata, para pelajar perlu dibekalkan dengan informasi terkini sejurus peperiksaan SPM berakhir kelak.

“Kami di UMP Advanced telah mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi latihan kemahiran seperti GiatMara, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan lokasi menyambung pengajian bagi yang berminat dengan bidang kemahiran.

“Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar itu sendiri,” ujar Hamzah.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung.

Artikel berkaitan 

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka

Etika menghantar e-mel rasmi yang ramai terlepas pandang. Pelajar dan graduan, mohon beri perhatian!

Tahniah pensyarah dan penyelidik UPM! Rangkul 9 pingat emas di PECIPTA 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok