220 pelajar Tingkatan 5 di Mersing, Johor sertai GIGvaganza1a8c9f7
220 pelajar Tingkatan 5 di Mersing, Johor sertai GIGvaganza1a8c9f7

220 pelajar Tingkatan 5 di Mersing, Johor sertai GIGvaganza

Roshlawaty Md Raieh
13 Jan 2023 02:25pm
A
A
A

‘GET INTO GRAMMAR’ Vaganza atau lebih dikenali sebagai GIGvaganza merupakan salah satu program yang tidak asing lagi di Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ia telah melangkah setapak lagi apabila UMP Advanced (UMPA) memohon program GIGvaganza ini diteruskan di Mersing, Johor dibawah Program Yayasan PETRONAS empower ECER.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu, Mersing telah dipilih sebagai lokasi pertama GIGvaganza tahun ini.

Seramai 220 peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah menyertai program tersebut.

Mereka pelajar-pelajar dari tujuh buah sekolah di Mersing iaitu SMK Tan Sri Abdul Kadir, SMK Pai Chee, SMK Ungku Husin, SMK FELDA Tenggaroh, SMK Mersing, SMK Anjung Batu dan SMK Nitar.

Sebahagian peserta GIGvaganza yang dianjurkan di SMK Anjung Batu.

Menurut Pengarah Program, Noor Azlinda Zainal Abidin, GIGvaganza menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk para peserta.

Antaranya Flipped Learning iaitu aktiviti yang dijalankan di mana pelajar dikehendaki menonton video tentang item tatabahasa yang akan diuji melalui permainan tersebut.

Bukan itu sahaja para peserta juga diminta membentangkan pemahaman mereka tentang input yang diperolehi semasa sesi pembelajaran Flipped Learning dan Doodle.

Sepanjang program berlangsung, lima tenaga pengajar dari PBM, UMP iaitu Nor Suhardiliana Sahar, Shamsul Harbi, Farah Liyana Ahmad Azmey, Nur Sabrina Zafiran Mohd Jamil dan Noor Azlinda turut serta bagi memastikan program berjalan lancar.

INFO

  • Program GIGvaganza asalnya merupakan salah satu penilaian yang digunakan bagi pelajar Diploma pada tahun 2011 di UMP.
  • Kemudian pengisiannya diperkembangkan kepada beberapa Sekolah Kluster di daerah Kuantan, Pahang dengan anjuran unit Sekolah Kluster di UMP pada 2013 dan kemudiannya digunakan sebagai satu modul Empower ECER di Kuantan, Pekan dan Bera pada 2014.
  • GIGvaganza mula menyertai pertandingan di luar UMP bagi pihak luar khususnya para akademik dan cendekiawan.
  • Pada 2015, GIGvaganza telah menyertai Creative Teacher Showcase anjuran Malaysia English Language Teaching Association (MELTA), salah satu badan bukan kerajaan bagi guru-guru di Malaysia.

  • GIGvaganza juga pernah memenangi Pingat Perak dalam K-Novasi di Universiti Kebangsaan Malaysia 2017 dan Pingat Emas dalam Creative & Innovative Teaching and Learning of Language (CINTELL) 2018.
  • Bukan itu sahaja, program GIGvaganza turut dibentangkan sebagai tajuk syarahan jemputan di Nagoya Institute of Technology di Nagoya, Jepun, semasa Persidangan Antarabangsa JACET ke-58 2019.
  • Selepas itu, program ini terhenti pada 2020 akibat pandemik Covid-19.
  • Namun, pada 2022 ia dicadangkan sebagai salah satu modul UMPA yang akan digunakan di Mersing.

Aktiviti bermanfaat disediakan sepanjang program berlangsung.

Artikel berkaitan 

Anak bekas tukang kasut raih Anugerah Pelajaran Diraja

50 sukarelawan KILAU UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

Pelajar SMK Indera Shahbandar timba pelbagai ilmu menerusi Program Outreach UMP


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok