Sebahagian pemenang yang diraikan pada Majlis Pengiktirafan Pertandingan TV PSS Peringkat Kebangsaan 2023 baru-baru ini.
Sebahagian pemenang yang diraikan pada Majlis Pengiktirafan Pertandingan TV PSS Peringkat Kebangsaan 2023 baru-baru ini.

2,648 TV PSS telah berjaya ditubuhkan di sekolah seluruh Malaysia

MEEN TAHRIN
12 Oct 2023 04:04pm
A
A
A

Sebanyak 2,648 TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah berjaya ditubuhkan di sekolah seluruh Malaysia, berikut kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Ahmad Rafee Che Kassim dalam Majlis Pengiktirafan Pertandingan TV PSS Peringkat Kebangsaan 2023 yang diadakan di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) pada Selasa.

Beliau turut meluahkan rasa bangga apabila daripada senarai tersebut, mengambil contoh Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Kemaman, Terengganu telah berjaya menghasilkan sebanyak 447 video sepanjang penubuhannya. Malah sekolah ini juga mempunyai satu studio TV PSS dan 10 mini studio.

“Turut membuatkan saya teruja adalah apabila melihat murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan turut menempatkan diri sebagai finalis dalam pengiktirafan ini,” katanya.

Ahmad Rafee
Ahmad Rafee

Pertandingan TV PSS Peringkat Kebangsaan ini bermatlamat untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran murid dalam pengurusan penghasilan bahan sumber pendidikan berbentuk video yang akan terus disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Inisiatif penganjuran majlis ini adalah untuk mengiktiraf murid dan guru yang cemerlang dalam penerbitan video dan bahan pendidikan secara digital.

Kecemerlangan mereka diukur melalui kategori-kategori yang telah dipertandingkan seperti Video TV PSS, Studio TV PSS, Ikon Murid TV PSS, Ikon Guru TV PSS dan Ikon Pengawas PSS.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar semua sekolah dapat mewujudkan Program TV PSS kerana impaknya begitu besar kepada institusi pendidikan ini. Kemenjadian murid melalui program ini akan melahirkan modal insan yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.

“Tidak lupakan juga, kejayaan murid lahir daripada kesungguhan guru yang berdedikasi. Justeru, janganlah meremehkan usaha kecil ini seperti kata pepatan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Usaha yang sedikit apabila dibuat secara konsisten pasti akan menjana impak yang besar pada masa akan datang. Ingatlah bahawa generasi sekarang penentu masa depan negara,” ujarnya lagi.

No Image Caption



No Image Caption

INFO

Berikut merupakan senarai penuh pemenang TV PSS Peringkat Kebangsaan 2023 yang diadakan di PSKT pada Oktober 2023.

No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok