polipmm1
polipmm1

2,936 graduan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau ke-19

Nor Azma  Muhamat Laila
05 Feb 2022 06:39pm
A
A
A

MERLIMAU - Seramai 2,936 graduan bakal diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau (PMM) ke-19 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok sehingga 10 Februari 2022.

Istiadat konvokesyen itu mencatat sejarah kerana membabitkan jumlah graduan tertinggi pernah diraikan iaitu melibatkan mereka yang sudah menamatkan pengajian sejak tiga tahun lalu.

Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal berkata, menerusi penganjuran istiadat konvokesyen itu, graduan yang bakal menerima skrol masing-masing terdiri daripada mereka yang menamatkan pengajian pada sesi Disember 2018, Jun 2019, Disember 2019 dan Jun 2020.

“Kebiasaannya dalam istiadat konvokesyen, PMM hanya meraikan tidak lebih daripada 1,500 graduan dalam satu-satu masa, tetapi pada kali ini telah mencatat sejarah oleh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021.

"Lebih istimewa lagi, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam telah bersetuju untuk hadir sekali gus menyempurnakan sidang pertama pada 6 Februari 2022,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, konvokesyen pada kali ini turut mencatat pecahan sidang yang paling banyak iaitu 11 sidang kesemuanya dengan kehadiran para penyampai skrol seperti Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar serta Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad.

PMM merupakan Politeknik yang ke-14 ditubuhkan daripada 36 Politeknik di seluruh negara dan sehingga kini telah melahirkan sejumlah 26,725 graduan sehingga tahun 2021.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok