30 guru Kemas berjaya tamatkan kursus orientasi basmi buta huruf, sasar 1,800 dewasa Sarawak
KUCHING - Seramai 30 orang tenaga pengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya menamatkan kursus orientasi Pendidik Masyarakat Literasi Untuk Pendidikan Kelas Dewasa (Leads).
Mereka termasuk dalam senarai 71 kakitangan Kemas yang dilantik secara sukarela bagi pemantapan kelas Membasmi Buta Huruf (PLF) 2.0.
Baca juga
Bakat digital guru Tabika dan Taska Kemas terus diperkasa
350 calon guru Tabika dan Taska Kemas berjaya jalani 5 hari minggu orientasi
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kemas, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, kursus yang dijalankan selama tiga hari itu merupakan persediaan mendidik kelompok dewasa menguasai 3M (Menulis, Mengira dan Membaca) di Sarawak.
“Latihan ini adalah penting agar pendidik masyarakat dibekalkan segala kemahiran mendepani cabaran selama tiga bulan untuk memastikan masyarakat dewasa khususnya di Sarawak ini dapat mengikuti kelas-kelas dewasa yang dianjurkan.
“Sebagai kakitangan Kemas kita perlu berazam dan berbangga kerana Kemas satu-satunya agensi yang masih terlibat secara langsung untuk membasmi buta huruf di kalangan masyarakat dewasa,” katanya pada Bengkel Orientasi Pendidik Masyarakat Tabika Bagi Pemantapan Leads dan PLF 2.0 Negeri Sarawak 2022, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Kemas Sarawak, Khairuddin Md Nasir dan tetamu jemputan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr Zaimuaffuddin Shukri Nordin.
Difahamkan, Kemas mensasarkan seramai 1,800 peserta akan menerima manfaat dari pelaksanaan program Leads dan PLF 2.0 ini.
Info
Sejak 1961, pelaksanaan kelas PLF telah bermula di Kemas dengan penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Pada 1963, program PLF telah diperluas ke negeri Sabah dan Sarawak.
Sehingga kini, Kemas merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang masih menjalankan kelas pembasmian buta huruf khususnya di kawasan luar bandar.