F9544E6C-7E3A-4689-95C9-E8FDBD9332CF
F9544E6C-7E3A-4689-95C9-E8FDBD9332CF

Bakat digital guru Tabika dan Taska Kemas terus diperkasa

Rasyidah Zulkifi
16 Mar 2022 08:53am
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi dan Multimedia Pendidikan Awal Kanak-kanak (AIMPAK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, baru-baru ini.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun berkata, guru-guru Tabika dan Taska Kemas perlu beradaptasi dengan pendigitalan pendidikan di peringkat prasekolah.

Baca juga

207 tabika, taska dan Pusat Kegiatan KEMAS terjejas akibat banjir

Penutupan taska: Gangguan dalam akses Pendidikan Awal Kanak-Kanak

“Saya berharap agar bakat digital di kalangan pendidik terus diperkasakan walaupun terdapat cabaran.

“Terutamanya di kawasan luar bandar di mana jaringan internet yang kurang memuaskan.

"Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak ia membuka peluang kepada mereka membaca, berkomunikasi dan meneroka dengan mengaplikasikan teknologi,” katanya.

Namun begitu, beliau menggesa guru-guru supaya menggalakkan murid empat sehingga enam tahun yang bersekolah di Kemas menggunakan pemikiran logik tanpa peranti pintar ketika melakukan latihan matematik.

Datuk Ramlan Harun merasmikan AIMPAK Tabika dan Taska Kemas di Kuantan.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pendidik masyarakat yang menerima anugerah walaupun pelbagai cabaran yang melanda bagi memastikan ia dapat dijayakan.

“Jadikanlah ruang dan peluang ini untuk beriltizam bagi menjadi pendidik yang berguna kepada masyarakat dan kanak-kanak khususnya di luar bandar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan), Abdul Kahar Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, Pengarah Kemas Negeri Pahang dan Pengarah-pengarah Bahagian dan Kemas Negeri.

AIMPAK merupakan pertandingan bercorak teknologi yang memberi peluang kepada guru Tabika dan Taska Kemas untuk menghasilkan bahan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berbentuk animasi kreatif.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Program tersebut melibatkan sebanyak 431 penyertaan Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska Kemas menerusi beberapa kategori termasuk Inovasi Multimedia Kreatif Kategori Tabika dan Taska, Video Pendek STREAM, Amalan PdPR, Gamifikasi dan Penulis Skrip Rancangan Pendidikan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok