Pelatih Taska dan Tabika Kemas menghadiri minggu orientasi SPAK.
Pelatih Taska dan Tabika Kemas menghadiri minggu orientasi SPAK.

350 calon guru Tabika dan Taska Kemas berjaya jalani 5 hari minggu orientasi

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
19 Mar 2022 01:37pm

ALOR GAJAH - Seramai 350 calon berjaya temu duga guru Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah menamatkan minggu orientasi bagi kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK), baru-baru ini.

Mereka merupakan pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menjadi antara

2,654 daripada 14,012 calon dipanggil menghadiri sesi temu duga pada awal bulan Februari lepas.

Baca juga

207 tabika, taska dan Pusat Kegiatan KEMAS terjejas akibat banjir

Bakat digital guru Tabika dan Taska Kemas terus diperkasa

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Pengurusan Profesional Kemas Ibu Pejabat Putrajaya, Zainorin Pin, seramai 324 peserta telah menamatkan minggu orientasi yang berlangsung mulai 13 Mac sehingga 17 Mac lepas di Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka.

Jumlah tersebut yang menjalani kursus secara bersemuka, termasuk 55 peserta yang mengikuti program secara dalam talian dari Sabah dan Sarawak.

Pelatih Taska dan Tabika Kemas menghadiri minggu orientasi SPAK.

“Kami berharap agar pelatih dapat mempraktikkan modul yang diajarkan untuk menjadi bekalan sebagai ahli keluarga Kemas yang baru seterusnya mempunyai jati diri yang kental serta dapat menjaga nama baik jabatan.

“Sebagai pendidik masyarakat anda adalah barisan hadapan yang akan mendidik anak-anak bangsa dan mempamerkan personaliti serta sikap yang positif apabila berhadapan dengan masyarakat,” katanya.

Difahamkan, semua calon berkelayakan akan menjalani kursus secara dalam talian dan bersemuka bermula 21 Mac ini sehingga 23 Jun depan bagi mendalami bidang ilmu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata pendidik masyarakat di Kemas memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi ketika menjalankan tugas.

“Guru yang cemerlang akan melahirkan murid yang cemerlang.

“Oleh itu, semua pelatih yang terpilih untuk masuk ke institusi Kemas perlulah mempunyai personal yang hebat, aktif dalam masyarakat selain mempunyai kemahiran yang pelbagai.

“Kita berharap pelatih yang diterima sebagai keluarga Kemas akan terus mengekalkannya sebagai jenama paling dipercayai oleh rakyat Malaysia pada tahun ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengurusan Kendiri (Orientasi) Pendidik Masyarakat SPAK Kemas Tahun 2022.

Sementara itu, pelatih kursus orientasi SPAK Norhidayah Mohd Sharif, 33, meluahkan rasa terharu apabila diumumkan sebagai peserta terbaik program tersebut.

Calon terpilih temu duga SPAK mempunyai ikhtisas pendidikan.

Beliau menyifatkan pengorbanan terpaksa meninggalkan anak dan keluarga selama lima hari berturut-turut itu sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

“Saya daripada awal ketika memohon Kemas telah berazam untuk membantu anak bangsa dan berjanji akan memberi yang terbaik untuk menjayakannya,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Untuk rekod, Reader’s Digest telah menobatkan Kemas sebagai penerima Anugerah ‘Trusted Brand of The Year ’ (Jenama Paling Dipercayai) bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia pada tahun 2017 dan 2020.

Pada majlis itu, turut hadir, Pengarah Latihan dan Pengurusan Profesional Nore’in Mohd Shukor dan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak Norliza Othman.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp