4 kriteria pemilihan Ketua Panitia Mata Pelajaran, guru wajib tahu ini!
4 kriteria pemilihan Ketua Panitia Mata Pelajaran, guru wajib tahu ini!

4 kriteria pemilihan Ketua Panitia Mata Pelajaran, guru wajib tahu ini!

Roshlawaty Md Raieh
13 Jan 2023 11:31am
A
A
A

DILANTIK sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran mungkin menjadi idaman sesetengah guru di negara ini.

Bagaimanapun, untuk memegang jawatan tersebut setiap cikgu harus memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Menerusi Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pengajian (KPM), ada dinyatakan mengenai kriteria dan syarat yang diperlukan oleh sekolah.

Antara syarat-syaratnya adalah

1) Opsyen ikhtisas yang mengajar mata pelajaran berkaitan. Sekiranya tiada guru opsyen ikhtisas yang mengajar, guru opsyen bukan ikhtisas yang mengajar mata pelajaran tersebut dan mematuhi kriteria para 2, para 3 dan para 4 boleh dipilih.

2) Gred DG44 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah rendah; atau

3) Gred DG48 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah menengah; dan

4) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85 peratus berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi tempoh tiga tahun terkini atau markah prestasi PBPPP tertinggi sekiranya tiada guru yang mendapat markah minimum 85 peratus bagi tempoh tiga tahun terkini.

Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran

Setiap Ketua Panitia yang dilantik oleh sekolah bertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa perkara berikut

1) Memastikan setiap ahli panitia mempunyai dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar.

2) Memastikan setiap ahli panitia memahami, menghayati, menguasai dan melaksanakan kandungan dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar.

3) Memilih dan mencadangkan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

4) Merancang intervensi khusus bagi murid yang kurang menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

5) Mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa bagi menangani isu berkaitan pedagogi melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

6) Mewujudkan jalinan dan jaringan kolaboratif dengan panitia lain dalam sekolah atau sekolah lain (daerah, negeri atau luar negara) serta komuniti untuk meningkatkan kompetensi guru dan kemenjadian murid.

7) Membantu pentadbir menjalankan pencerapan guru dan semakan hasil kerja murid.

Artikel berkaitan 

Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

Panitia Matematik perkenal 9 kaedah mudah untuk murid mahir subjek itu

Tip siapkan FYP bagi pelajar tahun akhir


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok