PENGADIL-SINARBESTARI-2022
PENGADIL-SINARBESTARI-2022

4 kriteria pengadil Piala Dunia 2022 Qatar

nadzarul.amir
26 Nov 2022 10:38am
A
A
A

Pengadil merupakan 'watak utama' di atas padang dalam mengendalikan perlawanan Piala Dunia 2022 Qatar.

Dalam edisi kali ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan seramai 36 pengadil, 63 penolong pengadil dan 24 pegawai perlawanan video dalam memastikan kelancaran kejohanan berprestij itu.

Mereka akan menjadi tumpuan dalam 64 perlawanan sepanjang Piala Dunia berlangsung bermula 20 November hingga 18 Disember ini.

Pada perlawanan Mexico menentang Poland, Stephanie Frappart yang berasal dari Perancis muncul sebagai wanita pertama menjadi pengadil Piala Dunia bola sepak lelaki.

Stephanie Frappart tidak berseorangan kerana Yoshimi Yamashita dari Jepun dan Salima Mukansanga (Rwanda) merupakan tiga pengadil wanita pertama daripada 36 pengadil yang terpilih mengadili Piala Dunia di Qatar.

Selain itu, tiga penolong pengadil wanita turut terpilih iaitu Neuza Back (Brazil), Karen Diaz Medina (Mexico) dan Kathryn Nesbit (Amerika Syarikat).

Berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu dilalui pengadil untuk terpilih sebagai pengadil Piala Dunia.

1.Pemilihan

Pengadil Piala Dunia dipilih di bawah peraturan FIFA. Proses berlangsung selama 3 tahun dan dikendalikan Jabatan Pengadil FIFA dan Program Bantuan Pengadil FIFA (RAP).

Trio pengadil yang merangkumi pengadil utama dan dua penolong pengadil terlebih dahulu perlu dicadangkan persatuan bola sepak negara mereka.

Para pengadil dipilih ketua pengadil FIFA bersama-sama 16 ahli jawatankuasa dan wakil perubatan.

10 daripada ahli jawatankuasa merupakan bekas pengadil dan dua lagi bertanggungjawab mengadili liga tempatan masing-masing.

2. Umur

Pengadil-pengadil perlu berusia 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun.

3. Lesen

Pada kebiasaannya, para pengadil yang layak mengadili perlawanan rasmi antarabangsa perlu memiliki lesen gred 1.

Bagi penolong pengadil pula, mereka sekurang-kurangnya memiliki lesen gred 2.

Terbaharu, para pengadil yang terpilih memiliki lesen Video Bantuan Pengadil (VAR) dan perlu menggunakannya secara konsisten.

Ia terbukti apabila kesemua 36 pengadil, 63 penolong pengadil dan 24 pegawai perlawanan video edisi kali ini memiliki lesen VAR.

4. Ujian ketahanan fizikal

Perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 dijangka boleh mencecah sehingga 100 minit.

Justeru, ujian ketahanan amat penting apatah lagi dengan cuaca panas di negara Timur Tengah.

Ujian kecergasan rasmi untuk pengadil bola sepak terbahagi kepada dua Keupayaan Pecut Berulang (RSA).

Ia mengukur keupayaan pengadil melakukan larian pecut berulang melebihi 40 meter (m).

Bagi Ujian Jeda (Interval Test) pula, ia menilai kapasiti pengadil untuk melakukan satu siri larian berkelajuan tinggi melebihi 75m berselang-seli dengan jarak berjalan 25m.

Artikel berkaitan

Profesor ajar sejarah dengan tonton Piala Dunia 2022

5 fakta menarik tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar

Profesor ajar sejarah dengan tonton Piala Dunia 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok