fauzan-saari-AmhdN68wjPc-unsplash
fauzan-saari-AmhdN68wjPc-unsplash

Profesor ajar sejarah dengan tonton Piala Dunia 2022

Adlan Farhan Azwan
22 Nov 2022 03:57pm
A
A
A

Siapa sangka berlangsungnya Piala Dunia Qatar 2022 yang membuka tirainya pada Ahad lalu, seorang profesor mengambil peluang untuk melaksanakan pengajian sejarah kepada pelajarnya dengan menonton acara bola sepak berprestij itu.

Profesor dan Pengerusi program Antropologi Kolej Monmouth, Wales, Petra Kuppinger, mengajar kelas Antropologi Bola Sepak menjadikan Piala Dunia Qatar 2022 sebagai rujukan untuk menunjukkan bagaimana globalisasi mempengaruhi dunia moden.

Menurutnya, pendekatan yang digunakan adalah dengan memperkenalkan sukan bola sepak kepada semua pelajar dan melihat ia daripada perspektif sains sosial.

“Pelajar bukan sahaja mempelajari sejarah sukan bola sepak, malah mereka juga dapat mempelajari globalisasi dan juga sejarah dunia,” katanya yang dipetik dari laporan WQAD.

Selain itu, Kuppinger juga menggunakan dua buku, 'How Soccer Explains the World: An Unlikely Theory of Globalization’ oleh Franklin Foer dan ‘Soccernomics’ oleh Simon Kuper sebagai panduan dalam pengajarannya.

Sepertimana sukan bola sepak menyatukan semua masyarakat, pengajaran yang dilaksanakan Petra turut berjaya menarik minat pelajar dari pelbagai negara dan disiplin.

Dalam pada itu, pelajar Pengajian Komunikasi dan Perniagaan Kolej Monmouth dari Jamaica, Senior Anthony Williams memberitahu, dia mendaftar kelas tersebut kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana seseorang itu melihat dan memahami sukan bola sepak.

“Walaupun saya seorang pemain ragbi, saya mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak.

“Pada pendapat saya, terdapat banyak perkara yang boleh dikupas dan dirungkaikan mengenai sukan bola sepak,” jelasnya.

Artikel berkaitan

4 fakta menarik Piala Dunia 2022

Pernah dicuri 2 kali, ini fakta menarik tentang trofi Piala Dunia

Teruja lihat maskot panda dan pemain bola sepak Kedah FA datang sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok