Pengarah Urusan Sharp Malaysia memberi penerangan kepada Datuk Dr Mah Hang Soon mengenai produk jenama Sharp yang diserahkan kepada sekolah-sekolah di Selangor dan Pahang yang terjejas akibat banjir
Pengarah Urusan Sharp Malaysia memberi penerangan kepada Datuk Dr Mah Hang Soon mengenai produk jenama Sharp yang diserahkan kepada sekolah-sekolah di Selangor dan Pahang yang terjejas akibat banjir

44 sekolah Selangor, 56 sekolah Pahang terima perkakasan elektrik sebagai bantuan banjir, alat PdPc

Rasyidah Zulkifi
18 Mar 2022 01:37pm
A
A
A

SHAH ALAM - 976 unit perkakasan elektrik telah disumbangkan kepada 44 buah sekolah di Selangor dan 56 buah di Pahang yang terlibat dalam banjir di beberapa daerah bagi membangunkan semula sekolah, semalam.

Antara barangan yang diberikan kepada sekolah-sekolah termasuk kipas siling, kipas dinding, kipas berdiri, penyaman udara, cerek, peti ais dan televisyen.

Baca juga

Banjir: 708 calon tangguh SPM, dijadualkan pada sidang kedua April depan

UMK teruskan misi bantuan banjir ke Terengganu

Majlis penyerahan sumbangan bernilai RM383,827 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan pelajar yang terkesan dengan bencana banjir dan juga pandemik dapat meneruskan pembelajaran.

“Jalinan kerjasama yang rapat dengan pihak swasta seperti Sharp Malaysia amat penting untuk menyediakan pelajar dengan kemudahan yang diperlukan bagi membolehkan mereka mempunyai persekitaran yang selesa untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.

Pengarah Urusan Sharp Malaysia memberi penerangan kepada Datuk Dr Mah Hang Soon mengenai produk jenama Sharp yang diserahkan kepada sekolah-sekolah di Selangor dan Pahang yang terjejas akibat banjir.

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM merupakan 100 penerima sumbangan barangan elektrik tersebut.

Penerima terpilih termasuk wakil sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan, sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan tamil bagi kawasan bandar dan luar bandar.

Sumbangan papan putih digital dan komputer riba untuk PdPc

Difahamkan, lima buah sekolah yang layak bakal menerima papan putih skrin sentuh interaktif bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang inovatif.

Selain itu, sekolah-sekolah tersebut turut disumbangkan komputer riba yang dilengkapi dengan sistem persidangan video termasuk kamera dan mikrofon tambahan, untuk melakukan PdPc secara langsung pada masa sama mewujudkan bilik darjah tanpa sempadan.

Hang Soon berkata, KPM sentiasa menggalakkan agenda pendigitalan pendidikan dalam negara berdasarkan bermacam-macam inisiatif yang dilaksanakan.

“Kita semua perlu berganding bahu membantu golongan pendidik untuk menggunakan teknologi dengan lebih baik dan membolehkan pelajar memanfaatkannya dengan sebaik mungkin pada masa hadapan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Pada majlis tersebut, hadir sama, Pengarah Urusan Sharp Malaysia, Ting Yang Chung,

Timbalan Pengarah Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan BSTP, Paridon Sahid, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Pahang, Datin Nor Faridah A. Bakar dan Ab Muhaimin Ab Hamid.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok