Sivakumar menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu serta menyatakan kesediaannya untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkukuh dasar pendidikan negara. - Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju
Sivakumar menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu serta menyatakan kesediaannya untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkukuh dasar pendidikan negara. - Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju

Sivakumar dilantik Ahli FOM KPM, fokus tingkat akses pendidikan berkualiti

14 Jul 2025 04:30pm

Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar menyifatkan pelantikannya sebagai Ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu amanah yang besar dalam memperkukuh pendidikan negara khususnya dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPM, Sivakumar menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu serta menyatakan kesediaannya untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkukuh dasar pendidikan negara.

"Saya amat berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas kepercayaan ini. Pendidikan adalah asas kepada masa depan yang lebih baik.

"Saya komited untuk memberi sumbangan yang bermakna dalam memastikan sistem kita terus relevan dan inklusif," katanya.

Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju
Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju

Sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat, Sivakumar percaya kolaborasi antara pemegang taruh dan pihak kementerian amat penting untuk membawa perubahan sebenar.

Beliau berkata, melalui platform FOM, individu dari pelbagai latar belakang dapat menyumbang idea dan tindakan ke arah pendidikan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya kita semua ada tanggungjawab terhadap generasi akan datang. Saya akan laksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin demi anak-anak kita dan masa depan negara," katanya.

Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju
Gambar: Facebook Sivakumar Varatharaju

Dalam usaha memperjuangkan agenda pendidikan di peringkat akar umbi, Sivakumar turut berkongsi gambar penyerahan cek bantuan pendidikan kepada pelajar di Parlimen Batu Gajah yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sumbangan ini mungkin kecil dari segi jumlah, tetapi cukup besar maknanya. Ia diharap dapat meringankan beban pelajar dan keluarga serta memberi dorongan moral untuk mereka terus berjaya," katanya. -  

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp