Wong Kah Woh ketika berucap bagi merasmikan ajlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas 2024 pada Selasa.
Wong Kah Woh ketika berucap bagi merasmikan ajlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas 2024 pada Selasa.

50 banggunan tambahan PPKI dijangka siap pada 2027 - Wong Kah Woh

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
04 Jun 2024 03:56pm

Sebanyak 50 buah projek pembinaan banggunan tambahan bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sedang dijalankan di sekolah-sekolah arus perdana seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Who berkata, projek pembinaan itu dijangka siap pada tahun 2027 dan akan memanfaatkan seramai 1925 murid bekeperluan pendidikan khas (MBPK).

“Jumlah PPKI di sekolah arus perdana adalah sebanyak 149 buah sekolah dengan 154 kelas telah dibuka sebelum ini.

“Malah dahulu juga sekolah kita tidak ada kelas yang khas untuk murid-murid PPKI dan pada zaman saya mereka ini perlu belajar di dalam kelas yang sama dengan murid arus perdana.

“Sekarang pihak KPM melaksanakan perluasan kelas PPKI ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas 2024 pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Wong berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (IMK 12), 44 buah sekolah baru sedang dibina dan kesemuanya akan dilengkapi dengan bilik darjah untuk pendidikan khas.

“Pihak KPM akan memastikan fasiliti pendidikan khas ini wujud di sekolah-sekolah baru menerusi penyediaan enam bilik darjah PPKI bagi sekolah rendah dan lima bilik darjah PPKI sekolah menengah.

“Ia dijangka akan memberi manfaat kepada 1,995 orang MBPK,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp