Screenshot (77)
Screenshot (77)

5,089 calon STAM 2021 mula menduduki peperiksaan 5 April ini

Adlan Farhan Azwan
31 Mar 2022 04:56pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan dilaksanakan pada 5 April hingga 14 April 2022 melibatkan seramai 5,089 calon.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan STAM 2021 akan diadakan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 1,038 petugas peperiksaan telah dilantik,” katanya.

Baca juga

Lepasan SPM yang ingin sambung STAM, mohon sebelum 2 April

KPM umum jadual terkini SPM, STAM dan UPBA 2021

Ujar kenyataan itu lagi, Lembaga Peperiksaan (LP) mengingatkan semua calon peperiksaan STAM 2021 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

"Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19," jelasnya.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my manakala jadual waktu peperiksaan STAM 2021 boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://p.moe.gov.my.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok