
Golongan pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI hingga 30 September - KPM
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 mulai 1 Julai hingga 30 September depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan 'Tebus Baucar Buku Guru MADANI 2025' bagi tujuan penebusan.
Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI yang memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 pada 1 Jun lalu.
"Ia adalah hadiah ilmu untuk golongan pendidik yang bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat," menurut kenyataan itu. - Bernama