POSTER
POSTER

51 peserta cilik bertanding pakaian seram paling kreatif

SITI NOOR FAEZAH MUDA
03 Jan 2024 01:55pm
A
A
A

Seramai 51 peserta cilik termasuk paling muda berusia dua tahun bakal berentap dalam Pertandingan Pakaian Paling Seram Sinar Bestari pada 7 Januari ini sempena Festival Seram Buku Prima 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, pertandingan itu akan berlangsung di Studio F pada jam 2 hingga 5 petang.

“Ramai yang ingin turut serta tetapi disebabkan oleh lokasi dan waktu, kita pilih 51 orang sahaja. Peserta yang berumur antara dua dan 12 tahun akan datang bersama ibu bapa masing-masing.

“Pertandingan yang julung kali diadakan ini adalah untuk melihat kreativiti selain memupuk keyakinan diri kanak-kanak berkenaan.

Meen Tahrin
Meen Tahrin



"Ia bukan hanya fokus kepada pakaian, kita juga menilai persembahan mereka. Peserta akan ‘catwalk’ membawa karakter watak hantu yang digayakan.

“Kita faham, biasanya busana digayakan diuruskan ibu bapa, keyakinan diri mereka akan dapat dilihat sewaktu persembahan. Markah paling besar dikira berdasarkan itu selain mekap dan faktor ‘wow’ juga turut dinilai,” katanya pada Selasa.

Peserta yang mengambil bahagian berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM200 (johan), RM150 (naib johan) dan RM100 bagi tempat ketiga. Semua peserta juga akan mendapat sijil penyertaan dan sagu hati daripada Grup Buku Karangkaf.

Festival Seram Buku Prima 2024 dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 Januari ini dengan sasaran 1,000 pengunjung setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok