Antara kanak-kanak SCCC yang menyertai program Build Spirit Among Children’s, pada Jumaat.
Antara kanak-kanak SCCC yang menyertai program Build Spirit Among Children’s, pada Jumaat.

Ketengah bakat peserta cilik

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Feb 2024 10:59am
A
A
A

Seramai 14 kanak-kanak dari Sharifah Childcare Centre (SCCC), Seksyen 7, Shah Alam, Selangor menyertai program Build Spirit Among Children’s anjuran mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Selangor (Unisel).

Menurut pengasas SCCC, Sharifah Nur Safilah Syed Abdullah, Build Spirit Among Children’s menyediakan beberapa aktiviti menarik kepada semua peserta yang terlibat.

“Aktiviti seperti Coloring for Fun dan Dance with Me memberi peluang kepada peserta cilik mengekspresikan diri secara kreatif sekali gus mengetengahkan bakat sedia ada.

“Kelihatan masing-masing teruja dengan aktiviti mewarna yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut membantu dalam pengembangan ketrampilan kognitif seperti pengenalan bentuk, pola dan ruang,” katanya.

Sharifah Nur Safilah (kanan) menerima cenderahati daripada wakil Unisel.
Sharifah Nur Safilah (kanan) menerima cenderahati daripada wakil Unisel.

Sementara itu, Sharifah Nur Safilah berkata, Build Spirit Among Children’s menjadi lebih menarik tahun ini kerana menerima penglibatan peserta termuda.

“Biasanya kanak-kanak yang terlibat sekitar 5 hingga 6 tahun, tetapi kali ini, peserta berusia 3 tahun turut serta.

“Ia satu perkembangan baik walaupun ini pengalaman kali pertama kanak-kanak di SCCC berinteraksi dengan mahasiswa Unisel.

Artikel Berkaitan:

“Build Spirit Among Children’s adalah pelengkap kepada sesi pembelajaran di sini dan besar harapan saya ia dapat diadakan lagi di masa akan datang,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok