Peserta-peserta Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari bergambar bersama di Studio F, Kompleks Karangkraf pada Ahad
Peserta-peserta Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari bergambar bersama di Studio F, Kompleks Karangkraf pada Ahad

Umur dua tahun sertai Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif

MUKHRIZ MAT HUSIN
07 Jan 2024 07:50pm
A
A
A

Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari mencatatkan 49 penyertaan daripada peserta termasuk daripada kanak-kanak yang berusia dua tahun.

Editor Eksekutif Sinar Bestari, Nurbaya Abdul Rezak berkata, penyertaan tersebut dilihat memberangsangkan susulan peserta-peserta yang hadir tampil kreatif dengan pelbagai jenis pemakaian sempena pertandingan itu.

Menurutnya, antara peserta berusia dua tahun itu adalah Mohammad Adam Mateen Mohammad Shafik Amri, Ummu Waraqah Nor Mohamad Zulhairi dan Nur Tiara Sofea Muhammad Naqiudin.

Nurbaya
Nurbaya



“Paling muda penyertaannya adalah berumur dua tahun manakala peserta paling tua pula adalah berumur 11 tahun.

“Kita tetapkan umur 20 tahun ke bawah dan kita tidak jangka paling muda usia dua tahun yang sertai. Memang kita tengok pada senarai peserta itu, kita agak risau bagaimana kita hendak menguruskan peserta usia muda macam dua tahun dan tiga tahun ini.

“Malah ibu bapa pun memberi sokongan penuh dan memang kita tidak jangka mereka begitu terbuka dan bersemangat untuk beri anak-anak mereka sertai pertandingan ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Johan Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari
Johan Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari



Dalam pada itu, Nurbaya berkata, pemenang pertama bagi pertandingan tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 serta sijil penyertaan.

“Naib Johan pula akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM150 manakala tempat ketiga akan memenangi RM100. Kedua-duanya turut menerima sijil penyertaan,” ujarnya.

Peserta-peserta Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari bergambar bersama di Studio F, Kompleks Karangkraf pada Ahad
Peserta-peserta Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari bergambar bersama di Studio F, Kompleks Karangkraf pada Ahad



Johan menjadi milik Allysha Raihana Allashari, lima tahun, diikuti Nur Aira Safiya Mohd Azmir, enam tahun selaku naib johan dan Nur Inara Safiyyah Muhammad Naqiudin, tujuh tahun di tempat ketiga.

Hadiah kemenangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok