Raisin (dua dari kiri) menunjukkan keputusan SPM 2024 bagi negeri Sabah.
Raisin (dua dari kiri) menunjukkan keputusan SPM 2024 bagi negeri Sabah.

580 calon SPM 2024 di Sabah dapat 'straight' A!

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
24 Apr 2025 11:27am

Seramai 580 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pencapaian itu meningkat berbanding tahun lalu yang hanya mencatat seramai 484 calon mendapat keputusan cemerlang bagi gred A untuk semua mata pelajaran.

"Bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat dari 484 calon atau 1.38 peratus pada tahun 2023 kepada 580 calon atau 1.65 peratus peningkatan pada tahun 2024 iaitu peningkatan seramai 96 calon atau 0.24 peratus.

"Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 3,437 calon atau 9.75 peratus pada tahun 2024 berbanding 5,046 calon atau 14.37 peratus pada tahun 2023 dan angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,609 calon atau 4.62 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan SPM 2024 bagi negeri Sabah di Wisma Pendidikan di Likas di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, bagi calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2024 adalah seramai 13,265 calon atau 37.64 peratus berbanding 12,710 calon atau 36.18 pertaus pada tahun 2023.

"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 555 calon atau 1.46 peratus berbanding tahun 2023," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumklan pada tahun lalu seramai bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM

Artikel Berkaitan:

adalah seramai 39,550 calon berbanding 38,800 calon SPM pada tahun 2023, iaitu dengan pertambahan sebanyak 750 calon atau 1.89 peratus.

"Sebanyak 313 pusat peperiksaan disediakan bagi mengendalikan peperiksaan ini. Pengendalian peperiksaan ini melibatkan seramai 13,085 petugas peperiksaan di negeri Sabah.

"Sejumlah 73 mata pelajaran ditawarkan kepada calon SPM Tahun 2024 melibatkan 113 kertas peperiksaan," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp