Fadhlina
Fadhlina

6 konsep pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan sebagai panduan warga pendidik

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
17 Mar 2023 10:50am

Pengumuman Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung ketiadaan kelas akademik sepanjang minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 menggembirakan hati semua pihak.

Ini kerana inisiatif terbaharu itu tidak pernah diumumkan lagi dalam sistem pendidikan negara sebelum ini.

Menyedari hal tersebut sebagai perkara baharu bagi KPM, maka mereka memperkenalkan enam konsep pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan sebagai rujukan sekolah di seluruh negara.

Menurut KPM, konsep cadangan pengisian dan aktiviti minggu tersebut bertujuan memastikan pembukaan sekolah berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat.

Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan pengisian dan aktiviti sepanjang minggu pertama persekolahan sebagai panduan kepada semua.

1) Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang

- Permainan

- Riadah / Senam aerobik / Kecergasan

Artikel Berkaitan:

- Sukaneka / Sukan

2) Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif

- Aktiviti projek

- Aktiviti penyelesaian masalah

- Aktiviti penerapan nilai dan pembangunan sahsiah

3) Merupakan sebahagian pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dapat memupuk nilai

- Aktiviti minda dan reka cipta

- Aktiviti pembelajaran bertema

- Aktiviti pembelajaran kendiri

4) Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

- Aktiviti bersama-sama keluarga

- Aktiviti kemasyarakatan

5) Memupuk sikap kerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

- Aktiviti berkumpulan

- Aktiviti serlah bakat / potensi

- Aktiviti ekspresi seni kreatif

6) Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi

- Aktiviti integrasi perpaduan

- Aktiviti persembahan citra budaya

- Aktiviti usahawan muda (projek kitar semula)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp