HomeBuletin65 pelajar SBP di Cyberjaya dijangkiti COVID-19

65 pelajar SBP di Cyberjaya dijangkiti COVID-19

PUTRAJAYA – 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dijangkiti COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter Radzi Jidin Comms @DRJComms iaitu laman Twitter rasmi pasukan komunikasi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Mohd Radzi bergegas ke sekolah berkenaan setelah mendapat khabar insiden bagi meninjau situasi yang berlaku di sekolah berasrama penuh (SBP) itu.

“Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau.

Mohd Radzi juga memberitahu, pada mulanya seorang guru telah dijangkiti, kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam murid positif Covid-19.

Murid yang positif berada di sekolah di bawah pemantauan pihak sekolah tersebut.

“Apabila perlaksanaan saringan kontak rapat dalam kalangan 121 murid dilakukan, mereka ini dipotong gelang dan dibenarkan pulang.

BACA JUGA: KPM sambut baik saranan saringan Covid-19 murid sekolah rendah oleh KKM

BACA JUGA: PICK-R daerah Klang capai sasaran, 72,185 pelajar lengkap dua dos vaksin

“Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam mengurangkan jumlah murid yang berada di asrama, PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat kepada 200 pelajar,” ulas beliau.

Selepas saringan dibuat, 65 pelajar didapati positif dan akan dibawa ke MAEPS Serdang bagi tindakan lanjut.

“Bermula esok, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan melaksanakan saringan kendiri kepada semua murid dan guru.

“KPM akan bekerjasama rapat dengan pihak sekolah sepanjang kes ini,” tambah beliau.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook