Pasukan U12 - Gombak Boy muncul juara dalam Kejohanan
Piala Dato Remie Arman.
Pasukan U12 - Gombak Boy muncul juara dalam Kejohanan Piala Dato Remie Arman.

74 pasukan bersaing merebut Piala Dato Remie Arman

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Dec 2024 01:59pm

Sebanyak 74 pasukan yang terdiri daripada 880 pelajar menyertai Kejohanan Piala Dato Remie Arman di One Tiger Arena, Kajang, Selangor pada Ahad.

Pengerusi DRA Sports, Datuk Remie Arman berkata, pertandingan bertujuan menonjolkan bakat dan kemahiran pemain muda ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus memberi peluang kepada jurulatih dan pengurus untuk menilai potensi masing-masing.

Selain itu, objektif kejohanan ialah melahirkan generasi pemain bola sepak yang berpotensi untuk mewakili negara pada masa hadapan.

Menurut Remie, kejohanan tersebut merupakan kali pertama anjuran Gombak Boy dengan kerjasama DRA Sports selaku penaja utama.

"Ia menawarkan hadiah utama bernilai RM1,000, tempat kedua RM500 dan tempat ketiga RM300.

"Setiap pasukan membawa pulang piala kejohanan dan para pemain mendapat medal pertandingan serta sijil penyertaan," katanya kepada Sinar Bestari.

Mengulas lanjut mengenai sambutan itu, Remie berkata, pihaknya terkejut dengan sokongan yang diberikan terhadap kejohanan terbabit.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Pemain bukan sahaja datang dari Selangor, tetapi ada yang hadir antaranya pelajar dari Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Bukan itu sahaja, mereka turut membawa ibu bapa dan penyokong masing-masing sehingga menjadikan kejohanan kali ini cukup meriah dan luar biasa sekali,” ujarnya yang merancang akan menganjurkan lagi pertandingan sebegini akan datang untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam acara bola sepak.

Untuk rekod, U12 - Gombak Boy dari Selangor muncul juara dalam Kejohanan Piala Dato Remie Arman dan tempat kedua disandang U10 - Fireball FC (Negeri Sembilan).

Manakala U9 - ATHL (Selangor) dan U8 - Ghimau ZERO4 TPFA (Melaka), masing-masing muncul tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp