8 sukan antarabangsa dalam negara, ini senarainya!
8 sukan antarabangsa dalam negara, ini senarainya!

8 sukan antarabangsa dalam negara, ini senarainya!

Roshlawaty Md Raieh
07 Dec 2022 03:05pm
A
A
A

Malaysia pernah diberikan kepercayaan sebagai tuan rumah sukan bertaraf antarabangsa kerana memiliki infrastruktur sukan yang lengkap.

Pemilihan negara sebagai tuan rumah secara tidak langsung telah menarik kedatangan pelancong luar negara sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Malaysia.

Bagaimanapun, tahukah adik-adik apakah jenis sukan antarabangsa yang pernah diadakan di Malaysia?

Sinar Bestari kongsikan beberapa nama sukan antarabangsa tersebut untuk panduan kita bersama.

Ini perkongsiannya!

1) Sukan SouthEast Asian Games (SEA)

- Negara kita menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan Asia Tenggara pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

- Pada 1965 hingga 1971, penganjuran ini dikenali sebagai Kejohanan Sukan SEAP.

- Penganjurannya telah merapatkan hubungan antara negara serantau.

2) Piala Thomas

- Penganjuran kejohanan badminton Piala Thomas berlangsung di negara kita sebanyak enam kali.

- Berlangsung dengan jaya dan meriah pada tahun 1970, 1984, 1988 dan 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

- Kemudian, Piala Thomas berlangsung pada 2000 dan 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,

- Penganjuran kejohanan ini membawa imej gemilang kepada negara.

3) Hoki Piala Dunia

- Malaysia menjadi tuan rumah kepada dua edisi Kejohanan Hoki Piala Dunia.

- Berlangsung di Stadium Merdeka pada 1975 yang melibatkan persaingan daripada 12 buah negara.

- Selepas itu, Hoki Piala Dunia berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 2002 dengan jumlah penyertaan terbanyak iaitu 16 buah negara.

- Penganjuran kejohanan ini mendorong pembangunan sukan hoki di negara kita.

4) Sukan Permotoran

- Diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah sukan permotoran antarabangsa bermula pada 1991.

- Sukan Permotoran yang pernah dianjurkan ialah

*Grand Prix Motorcycle Racing (MotoGP)

*Superbike World Championship (SBK)

- Penganjuran sukan ini dapat menjanakan pendapatan negara.

5) Le Tour de Langkawi

- Penganjuran kejohanan lumba basikal antarabangsa ini merupakan acara tahunan di negara kita bermula 1996.

- Nama kejohanan ini diambil bersempena dengan lokasi pelepasan perlumbaan iaitu di Pulau Langkawi, Kedah.

- Laluan kejohanan ini yang menjelajah ke seluruh negara telah membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Malaysia.

6) Sukan Komanwel

- Malaysia merupakan negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel iaitu pada 1998.

- Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama kejohanan.

- Imej Orang Utan dipilih sebagai maskot dan bunga raya menjadi logo kejohanan.

- Penganjuran Sukan Komanwel berjaya memupuk semangat setia kawan sesama anggota negara Komanwel.

7) Formula One dan Formula E

- Menjadi tuan rumah Formula One sejak 2000.

- Berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) yang merupakan litar perlumbaan bertaraf dunia.

- Penganjuran sukan antarabangsa Formula E pula telah diadakan di Putrajaya pada 2014.

- Kedua-dua penganjuran perlumbaan tersebut telah menarik kehadiran peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.

8) Piala Monsun

- Menjadi tuan rumah siri kejohanan sukan perahu layar sejak 2005.

- Lokasi pertandingan di Pulau Duyong, Terengganu.

- Penganjuran di Malaysia merupakan acara penutup dalam kalendar kejohanan tersebut.

Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 6

Artikel berkaitan 

Mahu berjaya dalam sukan bola sepak? Ini kemahiran asas yang wajib pelajar tahu

Joanne Tan kongsi 5 asas sukan piring terbang

Pasukan Wonder dari UTM diumum Juara Negara The 3M Inspire Challenge 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok