Fadhlina
Fadhlina

8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina

26 Dec 2025 09:13am

Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.

"Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar dan mencari jalan bagi menangani beban tugas guru.

"Langkah ini bertujuan memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara," katanya. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 8,006 sukarelawan dilantik membantu pengendalian peperiksaan SPM tahun ini
  • Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak inisiatif diperkenalkan pada 2023
  • Jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat adalah 20,997 orang
  • Inisiatif ini bertujuan meringankan beban tugas guru
  • Tujuan utama adalah memastikan pendidik dapat tumpukan sepenuhnya pada pengajaran dan pembelajaran serta kesejahteraan mereka terpelihara
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp