Fadhlina (lima dari kanan) bergambar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak.
Fadhlina (lima dari kanan) bergambar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak.

Agenda atasi isu pendidikan di Sarawak

AZLEENDA SAHALUDIN
23 Feb 2024 09:59am
A
A
A

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak diwujudkan khusus untuk mengatasi isu-isu pendidikan yang berbangkit di negeri itu.

Ia selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Sarawak dan Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa agenda penting telah dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP buat kali pertama ini, termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak.

“Antara keputusan penting yang dicapai menerusi mesyuarat ini termasuk persetujuan memberi perwakilan kuasa meluluskan projek penyelenggaraan sekolah yang dibiaya kerajaan negeri Sarawak.

“Atau mana-mana pihak lain selain kerajaan Persekutuan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang tertakluk garis panduan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Mesyuarat JTBPP ini telah dilangsungkan di Kuching pada Khamis dengan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Dalam pada itu, KPM dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) sentiasa komited dalam memastikan pendidikan di Sarawak terus ditingkatkan untuk manfaat semua murid.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok