Fadhlina
Fadhlina

Guru Sarawak bertugas di negeri sendiri - KPM

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Dec 2023 04:27pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius tentang isu kekurangan guru di Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bagi menangani masalah itu, guru kelahiran Sarawak akan ditempatkan di sekolah-sekolah negeri tersebut.

Beliau berkata, KPM sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) bagi memastikan isu kekosongan guru diatasi serta ditambah baik dari semasa ke semasa.

“KPM berusaha memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan, sekali gus ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan penjawatan dan keperluan option,” katanya di Dewan Negara pada Khamis lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit berkaitan kekurangan guru di Sarawak dengan memberi keutamaan kepada mereka yang lahir di negeri itu bagi mengelakkan masalah tersebut terus berulang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok