Poster ucapan sambutan Hari Guru daripada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith. (Foto: Ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
Poster ucapan sambutan Hari Guru daripada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith. (Foto: Ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

16 May 2024 01:12pm
A
A
A

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah pengorbanan dan jasa warga pendidik harus sentiasa dikenang kerana peranan mereka begitu penting dalam membangun bangsa dan masyarakat.

"Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami, ilmu dan bakti kalian akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda berdua.

Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani' dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC), Pahang, pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok