Malaysia tangga ke-23 Indeks Kesediaan Kerajaan dalam IA.
Malaysia tangga ke-23 Indeks Kesediaan Kerajaan dalam IA.

AI: Malaysia di tangga ke-23?

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
15 May 2024 12:53pm

Malaysia menduduki tangga ke-23 dari segi Indeks Kesediaan Kerajaan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) di dunia dengan skor 68.71 pada tahun 2023.

Menurut hantaran di laman Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia turut mendapat tempat kedua di Asia Tenggara pada tahun sama dalam bidang AI.

Jika Malaysia di tangga ke-23, Amerika Syarikat dan Singapura pula masing-masing berada di tempat pertama dan kedua dalam ranking dunia dengan skor 84.80 dan 81.97.

Selain itu, beberapa negara-negara lain turut mengisi ruang dalam ranking dunia berkenaan bidang AI.

Misalnya, tempat ke-37 diberikan kepada Thailand dengan skor 63.03; Indonesia tempat ke-42 (61.03); Vietnam tangga ke-59 (54.48); Filipina ke - 65 (51.98) dan Brunei tangga ke-74 (48.10).

Selain itu, Laos tangga 136 (33.05); Kemboja tangga 145 (31.88); Myanmar tempat 149 (30.91) dan Timor-Leste tangga 157 (29.77).

Untuk info, Indeks Kesediaan Kerajaan dalam bidang AI bagi mengukur kesediaan sesebuah negara dalam melaksana dan mengurus teknologi AI.

Ia merangkumi tiga faktor iaitu Kerajaan, Sektor Teknologi dan Data & Infrastruktur.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp