
Bakat muda 'take over' Alamanda!
Bukan lagi sekadar memegang buku nota atau pen, sebaliknya kamera dan telefon pintar menjadi 'senjata' utama.
Itulah suasana luar biasa yang berlaku apabila 30 pelajar daripada 10 buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berhimpun di pusat beli-belah untuk menyahut cabaran Vlog Battle 2026 @Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.
Dalam tempoh hanya dua jam, setiap pasukan yang terdiri daripada tiga murid dan pelajar perlu berfikir pantas, merancang jalan cerita serta merakam video Vlog paling kreatif bagi mempromosikan lokasi terpilih.
Bukan sekadar pertandingan, inisiatif ini membuka ruang pembelajaran dunia sebenar mengasah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kreativiti digital dalam suasana yang menyeronokkan serta penuh cabaran.
Bersama Sinar Bestari kali ini di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya untuk melihat kehebatan semua peserta.
Jom, kita 'action'!
Ringkasan AI
- Bukan lagi sekadar memegang buku nota atau pen, sebaliknya kamera dan telefon pintar menjadi 'senjata' utama
- 30 pelajar daripada 10 buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berhimpun untuk menyahut cabaran Vlog Battle 2026 @Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
- Dalam tempoh hanya dua jam, setiap pasukan perlu merancang dan merakam video Vlog paling kreatif
- Inisiatif ini bertujuan mengasah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kreativiti digital
- Bertempat di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
