Di usia muda, Muhamad Hafizi mampu menubuhkan syarikat sendiri hasil kemahiran dan kepakaran dimilikinya.
Di usia muda, Muhamad Hafizi mampu menubuhkan syarikat sendiri hasil kemahiran dan kepakaran dimilikinya.

Alumni IKM Lumut tubuh syarikat usia muda!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 Jul 2024 05:27pm
A
A
A

Mungkin ramai yang terkejut dengan kejayaan bekas pelajar aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini.

Hanya berbekalkan kemahiran TVET sahaja, pemuda yang dikenali Muhamad Hafizi Muhamad berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu MHM Service and Resources yang memfokuskan bidang pembuatan dan penyelenggaraan bot fiberglass.

Difahamkan, pelbagai projek telah dikendalikan MHM Service and Resources seperti projek Smart Refit - sailing boat milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), refit and repowering - bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengalang dan mengambil tempahan bot-bot fiberglass di sekitar Lumut dan Manjung, Perak.

Terdahulu, Muhamad Hafizi adalah alumni Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak pada 2009-2010.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploma Ship Design, Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Kejuruteraan Laut Malaysia (UniKL MIMET) 2012-2014.

No Image Caption

Tamat pembelajaran di sana, Muhamad Hafizi bekerja sebagai Jurutera Projek di UniKL MIMET Shipyard Engineering (MSESB).

Beliau terlibat dalam pelbagai projek penting seperti pembuatan Balai Gambang Cempaka Sari Pertabalan Sultan Nazrin Shah (2015), dua unit Catamaran Cruise untuk Pusat Rekreasi Gunung Lang (2020) dan pembuatan bot fiberglass penyelamat banjir untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada 2022 dan 2023.

Sementara itu, kejayaan Muhamad Hafizi dalam kerjaya turut menarik perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pemuda hebat tersebut.

No Image Caption

“Ini kisah menarik bagaimana bekas pelajar TVET IKM Lumut kemudian ke UniKL dan akhirnya berjaya menjadi Techno-Usahawan yang berjaya.

“Ayuh! Jadikan TVET Pilihan utama anda,” tulis Asyraf Wajdi di hantaran Facebook pada Selasa.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok